KANDUNGAN
ABSTRAK 2
1. PENGENALAN 3
1.1. Apa Itu Multimedia 3
1.2 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran 3
1.3 Skop Perbincangan 4
1.4 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pembelajaran 4
1.5 Multimedia Dan Hubungkait Dengan Teknologi Maklumat 5
2. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN MODEN 5
2.1 Model Pembelajaran Tradisional 6
2.2 Model Pengajaran dan Pembelajaran Moden Multimedia 7
3. MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8
3.1. Mengapa Multimedia Digunakan 8
3.1.1. Mengurangkan Masa Pembelajaran 8
3.1.2. Mengurangkan Kos 8
3.1.3. Pembelajaran Secara Konsisten dan Saksama. 8
3.1.4. Fleksibel 9
3.1.5. Merangsangkan Kognitif 9
3.2. Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 9
3.3. Komponen Dan Infrastruktur Untuk Pembelajaran Multimedia 10
3.3.1. Komputer dan Perisian 10
4.3.2 Infrastruktur 11
3.4. Impak Multimedia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran 11
3.4.1. Persembahan 11
3.4.2. Interaksi 12
3.4.3. Struktur 12
4. IMAGINASI MULTIMEDIA MASA DEPAN 12
5. PENUTUP 13
6. BIBLIOGRAPI 15
MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh :
CARM
JANUARI 2001
ABSTRAK
Dalam perkembangan abad ini yang penuh dengan ciptaan baru mengenai teknologi, adalah satu tindakan bijak bagi tenaga pengajar membuat penilaian terhadap pembangunan teknologi baru berkait dengan multimedia dan memahami kesannya terhadap pembelajaran. Kertas ini akan membincangkan mengenai rasionalnya menggunakan multimedia bagi meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persembahan. Melalui pendekatan yang berinovatif ini membolehkan penggunanya memberi fokus yang lebih serta dapat mengekalkan kefahaman terhadap mesej yang disampaikan. Pelajar dapat kelebihan daripada multimedia kerana dapat keseronokan belajar secara bersahaja dan bebas. Dengan menggunakan kaedah multimedia yang betul dalam pembelajaran dapat memberikan komunikasi, penerangan, konsep yang berkesan.
Dengan penerapan, permahaman dan mempergunakan sepenuhnya
teknologi baru ini dapat memaksimumkan latihan dan pembelajaran. Skop perbincangan
akan difokuskan terhadap sejarah penggunaan komputer, perbandingan pembelajaran
tradisional dan moden, mengapa multimedia digunakan, faktor yang diambilkira
bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, infrastuktur
dan komponen pembelajaran multimedia dan juga imaginasi multimedia masa
depan.
1. PENGENALAN
1.1. Apa Itu Multimedia
Perkataan multimedia seringkali kita dengar dan digunakan secara meluas
seperti Koridor Raya Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia
dan sebagainya. Begitu juga mengenai dengan definisi multimedia, terdapat
berbagai-bagai definisi yang diberikan diantaranya:
(i) Multimedia sebagai proses komunikasi interaktif berdasarkan
komputer yang mengabungkan teks, grafik, bunyi, aminasi dan video (Shuman
J.E 1998)
(ii) Multimedia didefinisikan sebagai apabila melibatkan kombinasi
melebihi dua media berlainan seperti teks, gafik, bunyi, animasi dan video
(Collins et al 1997)
Berdasarkan kepada definisi yang diberikan terhadap multimedia, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa multimedia ialah satu kombinasi yang mengabungkan teks, bunyi, animasi, gambar statik dan bergerak dan grafik yang diadunkan bersama untuk berinteraktif dalam komputer.
1.2 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Bates (2000), pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan
pelengkap kepada aspek pendidikan. Dalam pembelajaran ada dua elemen penting
iaitu dalam bentuk apakah dia pembelajaran dan skil yang menerangkan kepada
aplikasi kerja dan bagaimana dua elemen ini adalah sebagai cermin kepada
pengajaran.
1.3 Skop Perbincangan
Memandangkan bahawa multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan
bidang yang luas, oleh kesempatan yang terhad maka perbincangan dalam kertas
ini akan hanya ditumpu kepada perkara-perkara berikut sahaja secara sepintas
lalu, iaitu sejarah penggunaan komputer dalam pembelajaran, perbandingan
pembelajaran tradisional dan moden, mengapa multimedia digunakan, faktor
yang diambilkira bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran,
infrastuktur dan komponen pembelajaran multimedia dan akhirnya imaginasi
multimedia masa depan.
1.4 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pembelajaran
Sejarah dalam penggunaan komputer di sekolah bermula dengan
“Micros in Schools Scheme” pada tahun 1981 (Collin et al., ibid). Sungguh
pun begitu perkembangan industri komputer bermula 1937 apabila terciptanya
komputer digital eletronik oleh John V. Atanasoff bersama pembantunya,
Berry Clifford (Shelly et at., 1995). Semenjak itu hingga sekarang penggunaaan
komputer digunakan secara meluas dalam semua bidang termasuk pendidikan,
pertanian, industri, perkilangan, perniagaan dan boleh dikatakan dalam
semua aspek urusan harian.
Sungguhpun begitu di Malaysia, melalui pengalaman penulis yang mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1961 dan sehingga kini masih lagi menuntut, mendapati bahawa alat bantuan mengajar yang digunakan di sekolah sehingga ke pusat pengajian tinggi masih lagi secara tradisional menggunakan papan putih atau hitam dengan kapur atan pen maker, overhead projector dan slaid. Penggunaan komputer dan kaedah multimedia adalah tersangat rendah. Keadaan ini tidak menampakkan perbezaan yang begitu nyata yang mana masih mengekalkan tradisi lama dalam pendidikan. Buku tulis masih lagi memainkan peranan dan hanya mengantikan penggunaan papan selit di awal tahun 1960an dan sehingga kini penggunaan komputer bagi mengantikan buku tulis belum lagi digunakan sepenuhnya tetapi dalam peralihan menuju ke e-book.
1.5 Multimedia Dan Hubungkait Dengan Teknologi Maklumat
Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat telah memberi ruang kepada
perkembangan yang cepat kepada beberapa corak dan fasa dalam multimedia.
Khoo (1994) menyatakan bahawa revolusi multimedia bergerak dan memberi
kesan yang banyak dengan cepat serta membawa perubahan yang amat ketara
jika dibandingkan dengan revolusi komputer dalam tahun 80an. Pada asasnya
untuk survival. Asas intipati multimedia adalah sebagai perhiasan terhadap
media digital dengan kemampuan mewujudkan video, kesan audio, visual
dan juga animasi yang membolehkan serta mempercepatkan dan memberi pengalaman
yang berguna kepada para pelajar.
2. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN MODEN
Umumnya pembelajaran secara tradisional bergantung sepenuhnya kepada
pengetahuan pengajar dan menyampaikan secara langsung kepada kepada pelajar.
Dalam pembelajaran secara model tradisional, pengajar yang bertanggungjawab
sepenuhnya mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada pelajar.
Dengan menggunakan inovasi multimedia membenar dan membolehkan perubahan
peranan pengajar kepada fasilatator, pakar rujuk dan tidak lagi semata-mata
sebagai sumber maklumat.
Model pembelajaran tradisional dan moden menggunakan multimedia mengikut
pengamatan penulis adalah sebagaimana ditunjukan dalam gambar berikutnya.
2.1 Model Pembelajaran Tradisional
Daripada gambarajah 1 dapat dilihat bahawa kaedah mendapatkan pengetahuan atau maklumat hanya atau banyak bergantung kepada pengajar. Di mana pengajar bertanggungjawab bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kaedah ini tidak banyak berlaku perkongsian maklumat dan sumber maklumat adalah terhad.
Dengan pengkongsian dan sumber maklumat terhad telah mengakibatkan sistem
pembelajaran hanya tertumpu kepada persekitaran yang sempit dan memperlahankan
perkembangan ilmu itu sendiri. Maklumat yang diperolehi oleh penuntut banyak
bergantung kepada pengetahuan yang ada kepada pengajar dan cara penyampaian
yang lakukan adalah dalam bentuk bilik darjah dan bersemuka.
2.2 Model Pengajaran dan Pembelajaran Moden Multimedia
Dalam gambarajah 2, maklumat diperolehi bukan sahaja daripada satu sumber iaitu pengajar, tetapi juga boleh berlaku serta diperolehi daripada berbagai punca yang berlainan. Adakalanya maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sama oleh individu yang berlainan dan ada juga kedapatan seseorang individu itu memperolehi maklumat yang tidak dicapai oleh individu lain.
Model pembelajaran di gambarajah 2, lebih mengambarkan perkongsian maklumat
di mana pelajar juga menyampaikan maklumat kepada pengajar, dengan lain
perkataan pembelajaran berlaku dalam dua hala. Capaian maklumat didapati
dari berbagai-bagai punca dan seolah-olah tanpa sempadan. Multimedia digunakan
sebagai satu alat untuk capaian maklumat di laman web atau internet.
3. MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembelajaran melalui multimedia dapat disesuaikan kepada individu dengan
gaya yang berlainan disamping memberi ruang untuk memberi cabaran kepada
pelajar untuk menilai tahap keupayaan pengetahuan sebelum menghadiri kelas
atau kuliah yang sebenar.
3.1. Mengapa Multimedia Digunakan
Dalam dunia hari ini pengguna memerlukan capaian maklumat dan berkomunikasi
dengan cepat dan efisen, dengan multimedia dan keunikan yang ada
padanya memungkinkan kelajuan dalam mencapai maklumat yang dikehendaki.
Disamping itu juga dapat menikmati bunyi, visul, animasi, movie,
video dan lain-lain komponen yang ada dalam multimedia.
Kelebihan menggunakan multimedia dalam pembelajaran akan diperolehi
diantaranya sebagaimana berikut:
3.1.1. Mengurangkan Masa Pembelajaran
Menurut beberapa kajian mendapati bahawa masa yang diambil adalah berkurangan
dengan menggunakan kaedah pembelajaran melalui multimedia berbanding dengan
cara tradisional. Menurut Khoo (ibid), sebanyak 60% dapat di kurangkan
masa pembelajaran melalui multimedia berbanding dengan cara tradisional.
3.1.2. Mengurangkan Kos
Kos dapat dijimatkan apabila program yagn sama digunakan dalam beberapa
sesi, dengan demikian dapat mengurangkan kos bagi setiap pelajar berbeza
dengan cara tradisional di mana memerlukan kos yang berterusan terutama
bagi kos tetap.
3.1.3. Pembelajaran Secara Konsisten dan Saksama.
Dari segi kualiti dan kuantiti, penggunaan teknologi dapat dipastikan
bahawa kaedah pembelajaran dapat dibuat secara konsisten dan teratur.
3.1.4. Fleksibel
Dengan penggunaan kekunci, tetikus atau skrin sesentuh dapat
mengawal segala maklumat yang dikehendaki dan dicapai dengan cepat. Ianya
dapat memberi pilihan bagi masa yang sesuai bila diperlukan.
3.1.5. Merangsangkan Kognitif
Dengan penggunaan multimedia ianya berkemampuan untuk merangsangkan
proses kognatif atau otak manusia sebagai satu tabii untuk berfikir (Papert,
1983)
3.2. Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mistilah dipastikan
bawah ianya dapat meningkatkan kualiti dan juga kaedah yang fleksibel.
Bagi mencapai matlamat ini maka beberapa perkara perlu diambilkira bagaimana
untuk memuaskan kehendak pelanggan atau kumpulan sasar.
Persoalan berikut perlu diambilkira:
· Apa dan bagaimana cara yang diinginkan dalam pembelajaran
oleh pelajar?
· Apakah teknologi yang terbaik dapat digunakan?
· Apakah yang kita kehendaki untuk diajar kepada pelajar?
· Apakah yang terbaik dalam pembelajaran secara bersemuka?
Setelah itu maka barulah boleh kita merangka beberapa pendekatan mengenai
dengan pembelajaran. Beberapa pendekatan berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan multimedia oleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
· Membangunkan program multimedia bagi satu aspek yang
difokuskan kepada korikulum yang mendatangkan kesukaran bagi pelajar.
· Menggunakan internet bagi kelas yang ramai pelajar
· Subjek disampaikan melalui internet.
Melalui pengalaman penulis kekesanan pembelajaran bukanlah bergantung sepenuhnya kepada teknologi tetapi juga mengambilkira faktor-faktor seperti kandungan subjek, cara pembelajaran yang tetap dan sesuai dengan pelajar dan pengajar, pemilihan teknologi, masa dan sesuai dengan keadaan sama ada penggunaan buku, sidang video atau penggunaan simulasi.
3.3. Komponen Dan Infrastruktur Untuk Pembelajaran Multimedia
Sebelum penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran berjaya
digunakan sepenuhnya ianya memerlukan gabungan atau sokongan daripada
beberapa komponen seperti komputer, perisian dan infrastruktur.
3.3.1. Komputer dan Perisian
Mengaitkan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, komputer adalah
merupakan sebahagian daripada komponen yang tidak dapat dipisahkan. Ini
kerana komputer adalah merupakan alat yang akan digunakan bagi mengabungkan
bunyi, grafik, video, teks dan juga animasi. Penggunaan komputer dalam
pembelajaran menurut Rao et al.,(1991), boleh berlaku melalui dua cara.
Pertama, melalui Pelajaran Berbantukan Komputer (PBK) (Computer Assited
Learning) dan kedua melalui Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) (Computer
Managed Learning).
Salah satu isu yang perlu diberi perhatian ialah mengenai dengan penggunaan
komputer bimbit atau “note-book” yang akan memainkan peranan penting
kerana adalah kurang munasabah dan menyulitkan bagi membawa ke sana ke
mari komputer biasa yang begitu “bulky”. Hari ini juga telah kedapatan
perisian multimedia itu sendiri telah digunakan secara tunggal iaitu dinamakan
komputer multimedia.
4.3.2 Infrastruktur
Infrastruktur adalah merupakan komponen menyambung rangkaian
komunikasi dalam bilik darjah dan juga internet. Persoalannya, infrastuktur
yang bagaimana yang unggul dan sempurna jika pembelajaran dalam bilik
darjah yang memerlukan “eye-contact” atau di laman web yang memerlukan
masa yang tidak menentu dalam capaiannya. Kesemua keadaan ini perlu diambilkira
bagi memastikan ianya dapat laksanakan serta memenuhi objektif yang ditetapkan.
Oleh itu bagaimana kita dapat memastikan bahawa semua orang yang terlibat
dapat menggunakannya atau akan menggunakan sepenuhnya. Dengan itu kita
memerlukan bantuan dari mereka yang pakar dan pengguna bagi mengenalpasti
keperluan yang sebenar yang dapat memuaskan hati mereka. Memuaskan hati
mereka bukan sekadar pada peringkat permulaan tapi berterusan pada masa-masa
akan datang. Infrastuktur yang disediakan mistilah yang sesuai dan
mencukup serta penyediaan peruntukan yang mencukupi untuk penyelenggaraan.
3.4. Impak Multimedia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi multimedia memberi kesan kepada kedua-dua aspek pengajaran
dan pembelajaran. Kesannya akan dilihat melalui:
3.4.1. Persembahan
Sebagaimana yang disebut terdahulu, multimedia adalah gabungan teks,
audio, grafik, animasi dan juga video, maka sudah tentunya penyampaian
maklumat atau pengetahuan lebih berkesan jika dibandingkan dengan cara
teks atau petuturan sahaja. Dengan menggunakan berbagai bentuk media memberi
peluang kepada persembahan maklumat dengan berbagai cara.
Disamping itu rekabentuk aplikasi multimedia akan memberi ruang kepada para pelajar memahami dengan cepat berbanding dengan cara tradisional. Pelajar juga mendapat gambaran yang jelas dalam pembelajaran maya berbanding dengan tradisional yang memerlukan mereka membuat imaginasi yang berkemungkinan kurang tepat.
3.4.2. Interaksi
Dalam kaedah berinteraksi pula berbagai cara, salah satunya ialah pelajar
berinteraksi dengan perkakasan, melalui laman web, lukisan, percakapan
dan lain-lain. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengerakkan tetikus atau
menekan active button sahaja. Masalah yang perlu diberi perhatian ialah
mengenai dengan rekabentuk antaramuka yang mesra pelanggan.
Dalam interaksi sebenar dengan laman yang dikehendaki, pelajar juga
boleh melayari maklumat lain atau dengan tidak sengaja tersesat ke laman
lain. Namun begitu ianya tetap merupakan penimbaan ilmu secara tidak langsung.
3.4.3. Struktur
Dengan mengggunakan multimedia boleh membina struktur yang tersusun
di antara teks dan juga penyampaian, di mana struktur dikawal mengikut
kehendaki dan keperluan individu yang berkenaan. Umpamanya sesorang individu
tidak memerlukan maklumat berikutannya boleh melangkaui kepada maklumat
seterusnya atau maklumat yang terdahulu mengikut keperluannya tanpa melalui
bahagian yang tidak diingini.
4. IMAGINASI MULTIMEDIA MASA DEPAN
Dalam menghadapi masa depan selalunya dikaitkan dengan keadaan yang
tidak menentu(uncertain). Begitu juga dengan masa depan multimedia. Penulis
membuat imaginasi bahawa komponen bagi multimedia bagi masa depan
tidak akan lengkap hanya gabungan diantara teks, bunyi, audio, video, animasi
dan grafik tetapi juga perlu mempunyai satu lagi komponen iaitu mengeluarkan
bau yang boleh dicamkan oleh mereka yang istimewa seperti orang yang cacat
penglihatan berserta pekak dan tuli.
GAMBARAJAH IMAGINASI:
Adalah tidak mustahil mereka tidak dapat dilatih bagi tujuan mengecam bau apa yang dipersembahkan kerana masa kini kita telah berupaya mengajar komputer melalui perisian bagi mengenalpasti sesuatu melalui rangkaian neural dan juga kepintaran buatan. Melatih manusia bersama komputer bagi mengeluarkan bau dan menghidunya adalah sesuatu perkara yang lebih mudah kerana sebaik-baik ciptaan Allah ialah manusia (surah AL-TIIN, ayat 4).
5. PENUTUP
Kesimpulannya, banyak terdapat kebaikan dalam menggunakan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran, ini dapat diperolehi melalui penggunaan
sepenuhnya mengenai dengan intraktif multimedia itu sendiri yang dapat
memberi maklumabalas secara sertamerta, paut rangkaian serta mengurangkan
elemen pengunaan teks dan informasi secara lisan. Dengan menggunakan multimedia
ia dapat digunakan dengan berbagai-bagai cara pembelajaran yang berlainan
bagi disesuaikan dengan individu yang berlainan.
Sungguhpun begitu kejayaan menggunakan multimedia dalam pembelajaran selain daripada keupayaan merekabentuk sistem, perbelanjaan, peralatan dan yang paling penting adalah untuk keupayaan bagi tenaga pengajar celik dalam komputer. Berdasarkan kepada dapatan kajian Nor Iadah et al., (1995) yang mendapati masih ramai lagi guru-guru yang tidak celik dan tidak mengetahui bagaimana komputer boleh digunakan di dalam kelas, dengan itu perkembangan pembelajaran melalui multimedia di Malaysia secara menyeluruh akan mengambil masa yang akan lama lagi. Disamping itu perbelanjaan yang terhad dan perkakasan lama seperti overhead projector masih digunakan secara meluas di pusat-pusat pengajian tinggi adalah punca penyumbang kepada kelembapan bagi penerimaan multimedia dalam pendidikan.
6. BIBLIOGRAPI
Bates Tony (2000), Teaching, Learning and tah Impact of Multimedia
Technologies, Educause Review, September/Oct 2000 ,35(5), 38-44.
Khoo,C.C.(1994). Interactive multimedia for teaching, learning and presentations., http://cleo.murdoch.edu.au/gen/aset/confs/iims/94/km/khoo.html
Collins J., Hammond, M., and Wellington, J., (1997). Teaching and Learning With Multimedia. New York: Routledge
Cunningham, D.J and Brown, A.R., Multimedia in teacher education http://cleo.murdoch.edu.au/gen/aset/confs/iims/94/bc/cunningham.html
Infrastructure for Multimedia Teaching and Learning,
http://pc65-11.pb.unimelb.edu.au/av//ts/DoingIT.htm
Nor Iadah Yusof, Norita Md. Norwawi & Huda Hj. Ibrahim (1995)., Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kertaskerja dibentangkan di Seminar Komputer dalam Pendidikan 1995 “Multimedia in Action” di Institut Perguruan Aminuddin Baki Jitra, Kedah, 10-11 Oktober,1995.
Papert, S. (1993) The Children's Machine . New York: Basic Books.
Shuman, J.E.(1998), Multimedia In Action, USA: Thomson Publishing Inc.
Surah AL_TIIN ayat 4, Al-Quran
Using multimedia in Teaching and Learning,
http://www.iim.uts.edu.au/using/mmintl.shtml
KEMBALI
KE:
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri
Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT