OLEH : CARM
JUN 2000
1. PENGENALAN KEPADA YSM
1.1. YSM telah diperkenalkan di antara akhir tahun 70an dan di awal
80an yang menekan kepada Gambarajah Aliran Data (DFD) yang disokong) oleh
proses desripsi dan data dictionary. Sehinggalah di masakini perubahan
dibuat dan diubahsuai dengan melibatkan analisis terhadap data dan
kejadian.
1.2 YSM moden, keperluan kepada data dengan menggunakan Gambarajah
Hubungan Entiti (ERD) yang melihat secara logik kepada keperluan
data. Sementara Gambarajah Aliran Data (DFDsebagai alat utama dalam bagi
melihat proses yang diperlukan. Dalam mengenalpasti, menganalisis kejadian
menggunakan State Transition Diagram (STD) guna untuk melihat kesan terhadap
sistem yang diperlukan.
2. TIGA FASA YSM
YSM melibatkan tiga fasa, pertama fasa Kajian Kemungkinan, Kedua Permodelan
Keperluan dan ketiga fasa Permodelan Pelaksanaan.
2.1. FASA 1 : Kajian Kemungkinan
Fasa ini adalah mengkaji sistem yang ada iaitu itu sistem semasa dan
persekitaran apa-apa yang terlibat serta mempengaruhinya. Ianya bukan sekadar
mendapatkan gambaran keadaan semasa dan persekitaran tetapi juga melihat
kepada kaitannya dengan permasalahan yang wujud. Dengan itu dapat difahami
secara menyeluruh mengenai sistem yang ada bersekali dengan kekuatan dan
kelemahannya.
Di fasa ini kajian dijalankan dengan menggunakan teknik seperti temuduga,
soalselidik dan sebagainya.
2.2 FASA 2 : Permodelan Keperluan
Fasa ini akan menerangkan mengenai elemen-elemen yang diperlukan oleh
sistem bersekali dengan data secara terperinci. Di sini dipelbagaikan kperluan
dalam beberapa versi yang merujuk kepada setiap data model yang dibuat
rujukan.
Permodelan keperluan mengandungi dua komponen iaitu:
· Model Persekitaran
· Model Tingkah Laku
2.2.1 Model Persekitaran
Model ini mendefisikan mengenai sempadan di antara sistem dengan persekitaran
sistem yang wujud. Model ini mengandungi penyataan tujuan, gambarajah hubungan
entiti, senarai kejadian/peristiwa.
2.2.1.1Penyataan Tujuan.
Penyataan tujuan ini di sediakan oleh pihak pengurusan atasan menerangkan
mengenai dengan tujuan sistem diadakan.
2.2.1.2 Gambarajah Hubungan Entiti
Gambarajah ini mengambarkan hubungan dalam keadaan yang sebenarnya
wujud dalam sistem yang ada.
2.2.1.3 Senarai Perihal/Peristiwa
Menyenaraikan segala urutan peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam
persekitaran yang berkaitan dengan sistem. Peristiwa itu dinyatakan secara
spesifik.
Model Perihal
Model ini mengambarkan mengenai dengan Perihal yang berlaku dalam sistem
yang berhubungkait dengan persekitaran. Ia mengandungi Gambarajah Aliran
Data (DFD), Gambarajah Hubungan Entiti (ERD), State transition digram dan
semua ini dimasukan dalam data dictionary.
Gambarajah Aliran Data diperolehi dari senarai perihal di mana satu
proses di gambarajah aliran data bagi satu peristiwa. Semakan akan dibuat
ke atas gambarajah hubungan entiti dengan gambarajah aliran data.
Model ini juga akan memperlihatkan apa yang akan dilakukan oleh sistem,
bila ianya akan berlaku dan apa data yang digunakan oleh sistem berkenaan.
2.3 FASA 3 : Permodelan Pelaksanaan
Dalam permodelan perlaksanaan ini adalah melihat kepada teknologi yang
ada untuk disesuaikan dengan kehendak sistem. Disimping itu ianya digabungkan
dengan menetapkan sempadan sistem yang hendak dilakukan sistem berkomputer.
3. Model Yang Digunakan
YSM menggunakan model Gambarajah Aliran Data (DFD), Gambarajah Hubungan
Entiti (ERD), State Transition Diagram (STD)
dan prototyping. YSM dibangunkan berasaskan lima model. Model-model
berkenaan adalah:
· Model Perlaksanaan Semasa
· Model Keperluaan
· Model Pelaksaan Pengguna
· Model Pelaksanaan Sistem
· Model Pelaksanaan Program
Model Keperluan dibahagikan kepada bahagian iaitu model persekitaran
dan model kelakuan sementara model pelaksanaan sistem mengandungi
model pemprosesan dan model tugas.
Hubungan di antara model-model sebagaimana berikut:
4. KEBAIKAN YSM
Terdapat beberapa kebaikan YSM di antaranya ialah:
· Sistem ini lebih menekankan kepada proses
· Fleksibel
· Tidak terlalu teknikal
· Dilakukan oleh juruanalisis sistem
5. KEBURUKAN YSM
· Penglibatan pengguna adalah tahap minimum
· Data analisis hanya dibuat tidak secara terperinci.
· Isu organisasi di atasi dengan cara tidak langsung
6. KESIMPULAN
YSM mengandungi dua asas penting iaitu alatan (tools) dan teknik.
Alatan yang digunakan dipelbagaikan bergantung kepada keperluan model dan
senibina sistem informasi. Alat yang paling popular digunakan ialah Gambarajah
Data Aliran (DFD).
INFORMATION ENGINEERING (IE)
1. PENDAHULUAN
1.1. Information Engineering(IE) mula dipoerkenalkan di antara akhir
tahun 70an dan awal tahun 80an. Nama Information Enggineering dinamakan
sempena dengan pendekatannya yang bermodelkan dan mengutamakan konsep
kejuruteraan (engineering). Pembinaan sistem disamakan seperti membina
bangunan. Teknik formal dilihat secara keseluruhan pertalian di antara
sistem-sistem yang wujud.
1.2. IE adalah merupakan satu lagi teknik yang digunakan menganalisis
fasa setiap projek, asasnya membuat kajian ke atas sistem dan persekitaran
sistem bagi memastikan bahawa semua yang terlibat dapat gambaran yang jelas
mengenai projek berkenaan.
2. OBJEKTIF DAN PRINSIP
2.1. Objektif
IE menpunyai dua objektif asasnya iaitu:
· Bagi membangunkan satu intergrasi sistem yang didefinisikan
melalui objektif dan strategi bagi menyokong urusan yang sebenar.
· Bagi melahirkan sistem informasi yang memenuhi kehendaki bukan
sahaja memenuhi kehendak semasa tetapi juga memberi ruang menyesuaian bagi
perubahan akan datang.
3. Prinsip
Prinsip utama yang digunakan oleh IE seperti berikut:
· Berorientasi Urusan
· Pendekatan Senibina
· Pelbagai Cara Pembangunan
· Pendekatan Berfasa
· Penglibatan Pengguna
· Pengguna Persembahan Secara Grafik
· Menggunakan Sokongan CASE TOOL
· Kawalan Pelaburan.
4. FASA-FASA DALAM IE
Fasa dalam IE dibahagikan kepada tujuh fasa:
· Perancangan Strategi Informasi
· Analisis Ruanglingkup Urusan
· Rekabentuk Sistem Urusan
· Rekabentuk Teknikal
· Pembinaan
· Peralihan
· Produksi
Fasa-fasa IE Secara menyeluruh dan hubungan dapat dilihat sebagaimana
gambarajah di bawah:
4.1 Perancangan Strategik Urusan
Perancangan Strategik Informasi(ISP) adalah di antara Pelan Strategik Urusan (BSP)dengan Sistem Informasi yang dikenalpasti untuk keperluan informasi bagi seluruh organisasi. ISP adalah sebagai maklumbalas ke BSP untuk diperjelaskan lebih terperinci. ISP boleh digunakan:
· Mmbuat penilaian bagaimana teknologi memberi kesan kepada perancangan
strategi
· Mengenalpasti data untuk digunakan secara gunasama
· Mendefinasi sistem untuk memenuhi kehendak informasi
· Menilai kekesanan sistem sediaada
· Mendefinasi strategi teknikal untuk kegunaan teknologi maklumat
ISP mengandungi lima tugas utama:
· Pelan dan Penggerak ISP
· Ringkasan Keperluan
· Analisis Persekitaran Semasa
· Mendefinisi Senibina
· Mendefinisi Strategi dan Pelan
4.1.1 Pelan Dan Penggerak ISP
Tujuan tugas ini adalah bagi mendefinisikan skop, kumpulan kerja dan
juga menyediakan jadual kerja.
4.1.2 Ringkasan Keperluan
Menyenaraikan keperluan organisasi secara menyeluruh dan luas dengan membuat analisis ke atas Pelan Strategi Urusan. Disamping itu juga perlu memberi perhatian kesan terhadap teknologi maklumat.
4.1.3 Analisis Persekitaran Semasa
Mendapatkan maklumat mengenai dengan keadaan semasa untuk dibandingkan dengan keperluan organisasi dan senibina sistem yang akan dibangunkan.
4.1.4 Mendefinisi Senibina
Bagi pembangunan sistem akan datang perlu dibangun satu rangka senibina yang mengandungi:
· Senibina Informasi
· Senibina Sistem Urusan
· Senibina Teknikal
4.1.5 Mendefinisi Strategi dan Pelan
Peringkat bebepada altenatif yang dicadangkan dibuat penilaian bagi
memastikan bahawa hanya cadangan terbaik dikemukakan untuk kelulusan.
4.2 Analisis Ruanglingkup Urusan
Analisis ruanglingkup urusan perlu dibuat secara terperinci bertujuan
bagi untuk mengenalpasti aktiviti, bebrapa keutamaan yang perlu diberi
perhatian bagi menyokong ke arah pembinaan sistem. Tujuh tugas utama analisis
ruanglingkup urusan ialah:
· Rancang dan aktifkan projek strategi ruanglingkup urusan
· Kumpulkan maklumat
· Sediakan model ruanglingkup urusan
· Analisis sistem semasa
· Tetapkan modul ruanglingkup urusan
· Rancang rekabentuk
· Kemukakan analisis ruanglingkup urusan
4.3 Rekabentuk Sistem Urusan
Dalam menyediakan rekabentuk sistem urusan dibahagikan ruanglingkup
urusan kepada bahagian-bahagian kecil. Perlaksanaannya mengambilkira pandangan
pengguna yang dibuat melalui temuduga, laporan, dialog dan juga peraturan
tersedia ada. Lapan tugas utama rekabentuk urusan sebagaimana berikut:
· Rancang Dan Aktifkan Rekabentuk Sistem Urusan
· Rekabentuk Struktur Data Asas
· Rekabentuk Struktur Siatem
· Rekabentuk Peralihan
· Rekabentuk Prosidur
· Pilih Rekabentuk
· Rancang Rekabentuk Teknikal
· Kemukakan Rekabentuk Sistem Urusan
4.4 Rekabentuk Teknikal
Rekabentuk teknikal diasaskan kepada aspek pengkomputeran. Keperluan
sebenar dan terperinci bergantung kepada bagaimana pelaksanaannya akan
dilaksanakan. Tugas utama dalam rekabentuk teknikal mengandungi sembila
tugasan:
· Rancang Dan Aktifkan Rekabentuk Teknikal
· Rekabentuk Struktur Data
· Rekabentuk Perisian
· Rekabentuk Terperinci Peralihan
· Rekabentuk Prosidur Operasi
· Tentukan Rekabentuk Teknikal
· Rekabentuk Sistem Percubaan
· Rancang Pembinaan Dan Peralihan
· Kemukakan Rekabentuk Teknikal
4.5 Pembinaan
Fasa ini adalah merupakan pembinaan rekabentuk sistem dan juga
data. Ianya dianggap selesai apabila segala kriteria dipenuhi dan diterima
oleh pengguna. Tujuh tugas utama dalam pembinaan:
· Rancangan dan aktifkan pembinaan
· Bins prngkalan data
· Bina program
· Bina sistem sokongan
· Penentuan sistem
· Persedian peralihan
· Kemukakan pembinaan
4.6 Peralihan
Fasa ini adalah bagi menukarkan penggunaan sistem lama ke[ada
sistem baru. Di mana semua prosidur, fail dipindakan kepada sistem
baru. Ia juga dituruti dengan latihan kepada pengguna. Di fasa ini, tanggungjawab
atau tugas yang terlibat adalah :
· Rancang Dan Aktifkan Peralihan
· Mengendalikan Latihan Kepada Pengguna
· Pemindahan Data
· Merasmikan Sistem Produksi
· Mencapai Penerimaan Sistem
4.7 Produksi
Fasa ini memperlihatkan operasi diteruskan dengan sistem baru. Dalam sesuatu jangkamasa sistem akan dikaji dan diubahsuai bagi meningkatkan prestsi dan kehendak organisasi.
5. Penutup
IE memaparkan kepada kitaran hayat yang lebih luas berbanding dengan
methodologi lain. Ianya menerangkan beberapa fasa pembangunan bagi memenuhi
kehendak organisasi, perkembangan pembangunan, tahap pelaburan dan arahaliran
perkembanga dalam bidang teknikal. Dari segi mendokumentasi, ianya dibuat
secara terperinci dan dijelaskan dengan begitu menyeluruh.
PERBEZAAN DI ANTARA YOURDON SYSTEM METHOD (YSM) DAN INFORMATION ENGINEERING(IE)
1. Skop Perbincangan
Dalam mmbincangkan perbezaan kedua metodologi, skop perbezaan dan persamaan
akan dibincangkan berdasarkan dan meliputi aspek berikut sahaja, iaitu:
· Kitaran hayat
· Struktur
· Penglibatan pengguna
· Teknik yang digunakan
2. Kitaran Hayat
Kitaran hayat IE lebih menyeluruh dibandingkan dengan YSM. Ini kerana
IE lebih menumpukan kepada keseluruhan data organisasi berbanding
dengan data projek. Perbandingan kitran hayat bagi kedua-dua kaedah sebagaimana
berikut:
Kitaran Hayat IE YSM
Perancangan Strategi Informasi
Kajian Kemungkinan
Analisis Sistem
Rekabentuk Sistem
Kod Program
Modul Percubaan
Intergasi dan Percubaan Sistem
Pelaksanaan
IE juga meliput sehingga pelaksanaan. YSM hanya meliputi sekadar kajian
kemungkinan, analisis sistem dan rekabentuk sistem.
3. Struktur
IE merupakan satu kaedah yang berstruktur tinggi dengan arahan yang
tersusun untuk dianalisis. Sementara YSM pula disokong dengan sebahagian
daripada teknik-teknik tetapi tidak begitu tertaaluk kepada secara tetap
kepada teknik tertentu bagi setiap rangka kerja.
4. Penglibatan Pengguna
Walaupun boleh dikatakan kedua-dua memberi ruang penglibatan kepada pengguna tetapi tahap penglibatan adalah berbeza-beza. IE menunjukan memberi keutamaan kepada pengguna dengan menggalakan penglibatan pengguna di semua fasa. Bukan sekadar itu sahaja mengadakan bengkel bagi memastikan pengguna faham guna untuk meningkatkan kualiti.
YSM tidak memberi ruang kepada pengguna secara “formal” sekadar memberitahu dan mengadakan hubungan “baik” dengan pengguna. Ini kerana YSM tidak menetapkan apa-apa peraturan berkait dengan proses pembangunan sistem dan membuat keputusan
5. Teknik Yang Digunakan
IE menggunakan teknik Canon Sythesis yang mengabungkan pandangan dan pendapat pengguna berkait dengan data attribute dan kebebasan di antara attribute. Sementara YSM tidak menggunakannya.
6. PENUTUP
Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan di antara satu kaedah dengan
kaedah yang lain, pemilihan kaedah akhirnya bergantung kepada kekuatan,
kemampuan dari segi kos, tempuh yang diperlukan atau masa yang dihad akan
menjadikan sesuatu kaedah itu dipilih. Faktor mengenai kepakaran dalam
sesuatu kaedah oleh juruanalisis atau mereka yang terlibat dalam membuat
analisis dan rekabentuk sistem juga merupakan faktor yang mempengaruhi
dalam menggunakan kaedah tertentu. Akhirnya pemilihan kaedh bergantung
kepada keputusan oleh pihak pentadbiran atau pasukan petugas.
RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN
1. Robin Peel et al., 1995. Object Orientation & Business-Driven Information Engineering. Information Engineering Services Pty Ltd.
2. David C. Hay, 19XX. Object Orientation & Information Engineering: The Analysis Process. Essential Strategies, Inc.
3. Grady Booch, 1994. Object Oriented Analysis and Design with Applications. UK: Addison-Wesley.
4. James Rumbugh et. al, 1992. Object Oriented Model and Design. NJ: Prentice Hall.
5. http://www.yourdon.com/articles/Byte8910.html
6. http://www.is.monash.edu.au/~iecom/public/station/yourdon.htm
7. http://www.information-engineer.com/wiie.htm
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT