UNTUK MENUKAR WARNA LATARBELAKANG GOSOK PENUNJUK DI GARISAN INI =============
1. PENGENALAN
1.1. Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan
terhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran
yang berkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang
secara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagi membuat
keputusan menghala ke arah perancangan strategik sebagaimana yang diperkatakan
oleh Johnson (1989): It is general tool designed to be used in the preliminary
stages of decision- making and as precursor to strategic planning in various
kinds of applications.
1.2. Analisis SWOT boleh dilaksanakan oleh pentabir secara individu
atau pun secara kumpulan. Sungguhpun begitu, teknik secara berkumpulan
lebih efektif bagi menyediakan objektif, struktur, penerangan dan
fokus perbincangan tanpa dipengaruhi oleh politik dan kepentingan
peribadi yang disebut oleh Glass (1991): Group technique are particularly
effective in providing structure, objectivity, clarity and to discussions
about strategy which might otherwise tend to wander or else be strongly
influenced by politics and personalities.
1.3. Sungguhpun penggunaan asal analisis SWOT adalah dalam
urusan perniagaan tetapi penggunaannya dalam institusi atau pusat penggajian
bukanlah suatu pendekatan yang tidak wajar kerana terdapat persamaan dalam
bidang pengurusan oleh kedua-dua bidang ini. Teknik ini juga boleh digunakan
dalam mengatur polisi dan strategi dalam Teknologi Maklumat.
2. PENYATAAN MASALAH
2.1. Perkembangan terbaru dalam bidang teknologi, industri, inovasi
dan berbagai-bagai ciptaan baru terutama dalam bidang teknologi yang
berkembang pesat telah menyebabkan perubahan dalam permintaan terhadap
pekerja mahir dan separuh mahir. Penyediaan kemahiran terhadap permintaan
berkaitan memerlukan kepekaan bagi institusi yang menawarkan kursus berbentuk
kemahiran dan juga akademik. Martin (1992) menyebut Recent shift
from an industrial to an information based society and from a manufacturing
to a service-oriented economy has significantly infacted the demands made
on vocational programs offerings. Sementara menurut Weber (1989)
Vocational programs in comprehensive schools generally cover a broad spectrum
of service areas, but they provide fewer overall programs within
each of these areas than are provided in either vocational or specialty
schools .
2.2. Bagi menangani perubahan teknologi yang berkembang pesat,
maka satu analisis perlu dilakukan bagi mengatasi atau bersaing dengan
perubahan tersebut. Salah satu cara untuk bersaing dengan perubahan dengan
mengadakan polisi dan strategi teknologi maklumat dalam urusan
pentadbiran.
3. TUJUAN, SKOP DAN METODOLOGI
3.1. Tujuan kertaskerja ini bagi mempamirkan penggunaan analisis
SWOT digunakan dalam pengurusan terutama dalam membuat keputusan
mengenai dengan polisi dan strategi teknologi maklumat. Teknologi maklumat
menyediakan komunikasi, pengkomputeran, kidmat sokongan yang dapat membantu
untuk bersaing di pasaran dan memperolehi kejayaan dalam mendokong misi
organisasi.
4. ANALISIS SWOT SECARA AM:
KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG, ANCAMAN
SWOT adalah suatu teknik atau alat pengurusan yang mudah dan senang
difahami digunakan untuk merumuskan strategi dan juga polisi bagi
para pentadbir dan telah lama diperkenalkan. Fred Wiersema menyebut SWOT
sebagai It comes from an old term from the planning field (Collett,
Stacy ,1999).
Analisis SWOT juga merupakan satu kaedah yang efektif bagi mengenalpasti
Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman yang dihadapi oleh sesuatu organisasi.
Sungguhpun begitu ia tidak akan memberi makna jika dibiarkan bersendirian
selepas analisis dibuat tanpa sebarang tindakan susulan. Kekuatan
dan Kelemahan dikaitkan dengan faktor dalaman sementara Peluang dan Ancaman
memberi fokus kepada faktor luaran. Bagi memberi lebih kefahaman mengenai
analisis SWOT akan dibincangkan mengenai Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan
Ancaman.
4.1. Kekuatan
4.1.1. Analisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman
yang memberi kesan kepada organisasi seperti struktur organisasi,
pemegang saham, pelanggan dan juga pesaing.
4.1.2. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Kekuatan
di antaranya ialah:
· Apakan kelebihan yang ada?
· Apakan bidang atau ruang terbaik dapat dilakukan?
· Apakah Kekuatan organisasi dalam pasaran?
· Adakah organisasi mempunyai halatuju strategi
yang jelas?
· Adakah organisasi mempunyai suasana kerja yang positif?
4.1.3 Semua persoalan perlu disenaraikan dan diperolehi secara realistik.
Perhatian diberi bukan sahaja melalui pandangan pihak pengurusan tetapi
juga mengambilkira pandangan mereka yang berurusan dengan organisasi.
4.2. Kelemahan
4.2.1. Analisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan
faktor dalaman yang memberi kesan kepada organisasi. Persoalan dan jawapan
yang perlu diperolehi mengenai Kelemahan di antaranya ialah:
· Apa yang boleh diperbaiki?
· Apakan yang terburuk telah dilaksanakan?
· Apakah perkara yang perlu dielakkan?
· Adakah mempunyai hutang dan masalah aliran tunai?
· Adakah organisasi menghadapi masalah mengenai kewangan dan
teknologi?
4.2.2. Pengukuran ini juga perlu dilihat melalui pandangan
orang lain yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pihak organisasi. Sebaik
mungkin perlu berhadapan dengan Kelemahan secepat mungkin bagi memudahkan
mencari jalan penyelesaian.
4.3. Peluang
4.3.1. Peluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara
luaran atau faktor luaran organisasi. Elemen yang mempengaruhinya
sebahagiannya berkisar mengenai politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat.
Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Peluang di antaranya
ialah:
· Adakah pasaran dan pelangan mempunyai daya tarikan?
· Apakah halatuju yang menarik perhatian?
· Adakah organisasi memasuki pasaran baru?
· Adakah organisasi mempunyai teknologi terkini?
· Apakah perlu terbaik yang dihadapi oleh organisasi?
4.3.2. Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan
pasaran dan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidang
organisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya.
4.4. Ancaman
4.4.1. Ancaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang
dipengaruhi dengan elemen politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat
dan sebagainya. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Ancaman
di antaranya ialah:
· Apakah persaing lakukan?
· Adakah perubahan teknologi menjejaskan keupayaan organisasi?
· Apakah Ancaman yang dihadapi?
· Adakah menghadapi masalah hutang dan aliran tunai?
· Adakah diperlukan perubahan terhadap spesifikasi perkhidmatan
atau pengeluaran?
4.4.2. Dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberi
gambaran lebih jelas mengenai apakah keperluan yang perlu dilakukan
dan meletakkan atau melihat permasalahan dalam perspektif yang betul.
4.5. Analisis Swot
Analisis SWOT perlu dilakukan meliputi bahagian yang menjadi punca
kepada Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman. Lazimnya dalam analisis
SWOT dibuat mengikut jujukan, di mana analisis dibuat mengikut faktor
dalaman (Kekuatan (O) dan Kelemahan (W)) diikuti oleh faktor luaran (Peluang
(O) dan Ancaman (T)). Sementara melalui TOWS (terbalikkan akronim
SWOT) juga membuat kombinasi faktor baik diselang dengan faktor tidak baik.
Kedua-duanya dibuat analisis campuran dua faktor tanpa menyelesai atau
menghabiskan sesuatu faktor terlebih dahulu, umpama menganalisis faktor
baik terlebih dahulu iaitu Kekuatan, Peluang dan susuli dengan faktor kurang
baik iaitu Kelemahan dan Kekangan.
Disaranakan perubahab analisis perlu dilakukan. Perubahannya
adalah mengenai turutan faktor yang dianalisis, dengan menganalisis faktor
baik kesemuanya terlebih dahulu barulah diikuti oleh faktor kurang baik,
iaitu dengan menggunakan akronim SOWT iaitu Kekuatan, Peluang, Kelemahan
dan Ancaman (SOWT). Perubahan dalam susunan analisis ini dibuat adalah
berkaitan rapat untuk memberi gambaran mengenai dengan faktor lebih
baik dahulu bagi menuju ke arah pemikiran positif. Pemikiran
positif adalah yang mengiktirafkan, menghargai dan menggalakan ke arah
kecantikan, kebaikan, memberi pertolongan dan memberi guna.
8. RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN
· Martin, W.R (1989) Handbook On Marketing Vacational Education
Westerville: Ohio State Council on Vacational Education.
· Johnson, G., Scholes, K.,& Sexty, R.W (1989) Exploring
Strategic Management. Scarborough, Ontario: Prentice Hall.
· Glass, N.M (1991): Pro-active management : How to improve
your management performance. East Brunswick, NJ; Nichols Publishing.
· Gorski, S.E (1991) The SWOT Teams – Focusing on minorities.
Community, Technical and Junior College Journal.
· Bartol, K.M. & Martin, D.C (1991), Management New York,
McGraw Hill, Inc.
· Collett, Stacy -- Bussiness Plan Management ,Computerworld,07/19/99,
Vol 33 Issue 29, p58,Ip.
· Siti Maimoon Kamso (1992), Using The TOWS matrix in
Strategy formulation, Kertas seminar dibentangkan di Seminar Science Operational
Research 27-28 Julai 1992 di UTM.
· Berita Harian 26 March 1999 “ Terengganu Dan Pahang akan menjadi
Karidor Industri Petrolium Negara” Kenyataan bersama Menteri Besar Terengganu
dan Pahang.
· http://www.curs.hku.hk/itpolicy/download.htm
· http://www.indiadairy.com/ind_swot.html
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri
Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT