1. Definisi Satelit
1.1 Apa dia Satelit?
Terdapat banyak definisi yang diberikan berhubung
dengan perkataan satelit. Ianya bergantung kepada sudut mana
definisi itu diberi samaada dari sudut bahasa,saintifik,teknologi dan
sebagainya. Dari sudut bahasa mengikut kamus satelit
didefinisikan sebagai…planet yang mengedari planet lain yang lebih
besar . Sementara itu satelit juga didefinisikan sebagai “ natural body
in space orbiting around the larger body especially plane ”. Dengan
itu satelit adalah satu objek yang berputar atau beredar mengeliling
satu objek yang lain seperti bulan adalah satelit kepada bumi atau bumi
adalah satelit kepada matahari.
Satelit adalah didefinisikan berdasarkan teknologi komunikasi sebagai satu parabola digunakan sebagai komunikasi perhubungan tanpa wayar sebagai penghubung seperti mobil telefon,siaran television dan sebagainya.
Sementara komunikasi bagi tujuan perbincangan ini difokuskan kepada perhubungan diantara dua pihak termasuk bagi penghantaran dan penerimaan data.
Dalam perbincangan ini komunikasi satelit merujuk kepada suatu
teknologi komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan satelit parabola yang
berada di angkasa mengeliling dunia. Secara amnya satelit mengandungi
dua element asas iaitu satelit dan stesyen bumi
Gambar: Radar Satelit
Dalam teknologi satelit terdapat banyak klasifikasi-klasifikasi yang dinamakan berdasarkan jarak dari bumi, kegunaan dan seumpamanya. Di sini akan dibincangkan secara sepintas lalu sebahagian daripada klasifikasi-klasifikasi satelit.
2.1 Orbit Jarak dekat Bumi (Low Earth Orbit )
Di mana satelit beredar jarak yang dekat dengan bumi dipanggil Peredaran
Jarak dekat Bumi yang mana jarak peredarannya hanya 300 – 800 kilometer
tinggi. Berdasarkan kedudukannya berdekatan dengan bumi ianya mempunyai
kelajuan yang tinggi iaitu lebih kurang Ianya mempunyai kelajuan lebih
kurang 27,400 kilometer satu jam.
2.2 Orbit Kutub (Polar Orbit)
Orbit kutub mempunyai hampir persamaan dengan orbit jarak dekat bumi. Perbezaannya ialah ia beredar dari utara selatan dan tidak timur barat.. Jenis ini amat sesuai untuk mendapatkan pemandangan dipermukaan planet memandangkan peredarannya menghala utara selatan, bumi berputar dibawahnya menghala ke timur barat.
2.3 Orbit khatulistiwa selari (Geosynchronous Equatorial Orbit )
Satelit jenis ini bergerak dengan kelajuan yang sama serta bersama bumi.
Ia mengambil masa 24 jam penuh untuk mengeliling bumi dan berada tepat
pada 22,300 batu dari ruang angkasa. Satelit mempunyai pemandangan
yang luas kepada permukaan bumi sebab itu banyak satelit komunikasi menggunakan
orbit ini termasuk menghantar gelombang siaran televisyen.
Gambar: Orbit khatulistiwa selari (Geosynchronous Equatorial Orbit )
Perkembangan teknologi dalam dunia global hari ini, komunikasi memainkan peranan yang penting sama ada dalam dunia perniagaan,peperangan, diplomatik, sukan dan sebagainya. Kejayaan sesebuah negara atau organisasi banyak bergantung kepada imformasi, terutama dari segi ketepatan,kelajuan,kualiti , kuantiti sesuatu imformasi yang dicapai. dan yang diperolehi. Mempunyai imformasi yang lengkap, cepat, tepat dan seumpamanya memberi kelebihan bagi sesuatu negara atau organisasi untu membuat perancangan dan keputusan seterusnya bagi mencapai kejayaan. Dengan lain perkataan sesiapa yang mempunyai maklumat atau informasi akan menakluki dunia.
Manusia senentiasa berusaha untuk meningkatkan teknologi perhubungan terutama untuk menghubungkan diantara dua destinasi yang jauh. Bermula ciptaan telefon oleh Alexander Graham Bell banyak ciptaan baru dicipta bagi menghantar dan menerima data. Kalau pada peringkat permulaan rekaan banyak tertumpu kepada rekabentuk telefon itu sendiri telah berubah kepada saluran yang digunakan bagi menghantar data dan penerimaan data itu dari menggunakan wayar kepada penghantaran dan penerimaan data tanpa wayar sehingga kepada penggunaan satellite.
Dalam bidang komunikasi pada peringkat permulaan sistem komunikasi menggunakan telegraf yang berkeupayaan menghantar isyarat dengan perwakilan data melalui kod nombor, huruf dan isyarat tulisan.
Pelancaran satelit pertama telah dilakukan oleh Russia iaitu pada 4 Oktober,1957 yang namakan Sputnik 01 dengan membawa misi sebagai kajian ionosphere. Seterusnya diikut oleh negara-negara lain seperti yang tersenarai di lampiran 1 termasuk negara kita Malaysia melalui Measat 1 pada tahun 1996. Jika dilihat pada perkembangan awal pelancaran satelit yang membawa misi kaji cuaca, kajian saintifik termasuk bertujuan mengkaji matahari bertukar kepada kegunaan telekomunikasi yang diumumkan misinya oleh negara yang melancarkannya.
4. Teknologi Satelit
Dengan perkembangan teknologi tidak dapat dinafikan manusia terutama mereka yang terlibat dalam pembangunan rekacipta senentiasa berusaha bagi mencipta sesuatu cipta baru. Hal ini tidak terkecuali dalam bidang satelit , setiap detik dan masa mereka yang terlibat senentiasa bergerak secara inovatif memastikan dapat mencipta atau menghasilkan rekaan baru. Dalam pada itu kita tidak mampu membicarakan kesemua teknologi satelit yang dicipta dan dalam hubungan itu di sini akan dibincangkan hanya teknologi yang dibangunkan melalui Advanced Communications Technology Satellite (ACTS). ACTS adalah merupakan yang pertama menggunakan sepenuhnya digital
Gambar: Rangkaian Mengandungi berbagai terminal
Rangkaian ACTS adalah terdiri daripada beberapa jenis terminal.
Asas kategori terminal adalah terdiri dari Terminal Alih (Mobil Terminal)
dan Station Tetap Bumi(Fixed-earth Station). Terminal ini boleh
beroperasi atau disambungkan serta berkomunikasi dengan pengguna
melalui BBP(Baseband Processor) mod dan MSM (Microwave Switch Matrix) mod.
BBP adalah merupakan merupakan pemprosesan secara digital yang
mempunyai kelajuan yang tinggi serta menyediakan suis
litar guna bagi memberi laluan yang sangat efisen. Dengan mengggunakan
suis litar yang telah diprogramkan ianya berupaya dan memudahkan
untuk menukar laluan berulang kali dengan begitu cepat. BBP mod juga mengabungkan
nada atau suara,video dan data dengan imformasi pada kadar 1.79 Mbps dengan
menggunakan 1.2 meter terminal pengguna.
Gambar: BBP Processor
5. Isu-Isu
Setiap ciptaan baru sudah masih akan wujud pro dan kontranya, hal ini tidak terkecuali bagi penemuan atau cipta baru dalam komunikasi satelit. Apa yang dapat kita lihat ialah dari hari ke hari perkembangan komunikasi satelit adalah membawa semakin dekat kepada pengguna. Bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin bertambah dalam bidang komunikasi terutama dalam bidang peralatan multimedia dan lingkungan liputan ianya memerlukan keupayaan tinggi bagi menyediakan alatan bagi rangkaian perhubungan seperti penyediaan tulangbelakang (backbone). Jika dahulu digunakan gentian optik tetapi ianya telah diambilalih oleh teknologi satelit.
Beberapa penemuan atau ciptaan baru telah ditemui seperti telefon satelit , Hubungan (Siaran) Langsung Bilik darjah melalui Rangkaian tak Langsung ('Live Indirect Network Classroom'), Penggunaan tujuarah satelit ke atas kenderaan dan lain lain lagi sememangnya akan menimbulkan pelbagai isu.
5.1 Kos Pembiayaan dan Gunatenaga Penuh
Dengan terciptanya revolusi teknologi tanpa wayar telah membawa
kepada isu mengenai kos yang tinggi. Kos yang terlibat bukan sahaja dalam
penyelidikan tetapi kos bagi menganti peralatan yang sediaada. Sedangkan
peralatan yang sediaada masih boleh digunakan dan masih belum digunakan
sepenuhnya (fully utilised). Isunya ialah wujud pembaziran dan pemindahan
pengantian yang tak perlu dilakukan dalam masa yang terdekat.
5.2 Keselamatan Dan Kerahsiaan
Keselamatan juga merupakan satu lagi isu yang berbangkit daripada penggunaan komunikasi satelit berbanding dengan penggunaan gentian optik yang dianggap lebih selamat dari segi kerahsiaannya. Sungguhpun beberapa sistem telah di rekacipta bagi menjamin keselamatan dalam penghantaran data,namun sehingga kini sistem berkenaan belum lagi dapat dibuktikan akan keselamatannya seratus peratus. Kelemahan ini mengakibatkan kurang minat bagi penggunaan di sektor ketenteraan dan koperat yang memerlukan maklumat-maklumat sulit berkait dengan strategi dan perancangan mereka tidak terdedah kepada pihak lain terutama saingan masing-masing. Kerahsiaan dan keselamatan maklumat adalah menjsi agensi atau asset utama mereka di setiap peringkat.
5.3 Kelajuan
Prestasi dari segi kelajuan juga merupakan isu kepada teknologi tanpa
wayar. Walaupun beberapa kemajuan dicipta dalam menangani masalah
kelajuan dalam teknologi tanpa wayar tetapi masih belum dapat menandingi
kelajuan yang ditawarkan oleh gentian optik atau komunikasi berwayar
terutama dalam bandwidth . Kelebihan pada teknologi tanpa wayar adalah
bagi hubungan jarak jauh.
5 Kesihatan
Kesihatan juga memainkan isu kepada penggunaan komunikasi satelit.
Isu-isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan dengan penggunaan komunikasi
tanpa wayar dikaitkan dengan masalah ketumbuhan otak, sakit kepala dan
punca kelesuan, tetapi masih belum dapat dibuktikan. Cuma telah dibuktikan
bahawa ianya memberi kesan kepada penggunaan kepada peralatan perubatan
seperti pacemaker. Sungguhpun begitu tiada pihak yang tampil untuk mendakwa
bahawa penggunaannya tidak memberi kesan kepada kesihatan manusia.
6 Halatuju Dan Kemajuan Teknologi
Komunikasi satelit akan berkembang dengan rancak terutama dalam
alaf baru terutama menghadapi halatuju dari segi berkaitan dengan
teknologi terkini di tambahbaik, satelite berkuasa tinggi (high power),
satelit digital,satelit telefon mudahalih, dunia siaran,pembiayaan dan
sebagainya. Kesempatan yang terhad ini akan dibincangkan sebahagian daripada
beberapa halatuju dan kemajuan berkaitan dengan komunikasi satelit
bagi masa akan datang.
6.1 Teknologi Berkuasa Tinggi
Kemajuan teknologi satelit akan menuju ke arah satelit yang berkuasa tinggi dengan penggunaan digital dan bukan setakat penambah kuasa tetapi juga kepada penambahan fungsinya.Sebagai contoh kepada penambahan kuasa dan fungsi ialah penggunaan Sel Solar yang dapat mengandakan kekuatan satelit. Dengan penggunaan satelit berkuasa tinggi dapat mengurangkan saiz serta kos alat terima dipermukaan bumi ( ground receiver) dengan pengurangan kos maka dengan cara langsung dapat meningkatkan permintaan kepada penggunaan satelit kerana kos mempengaruhi keanjalan terhadap permintaan.
6.2 Aplikasi Melalui Digital
Dalam perkembangan komunikasi satellite perkara utama yang membantu kepada perkembangan dalam teknologinya ialah dengan terciptanya aplikasi baru. Percaturan beberapa element telah dibuat dan ditemui ialah dengan mengadakan teknologi digital yang membolehkan dan mampu untuk memampatkan data.
Dengan itu ia dapat memampatkan data yang berbentuk video dalam
3 – 5 megatbit sesaat. Dalam keadaan yang sama ia dapat memampatkan digital
suara pada 32 kilobit sesaat berbanding menggunakan analog hanya 5 kilobits
sesaat.
6.4 Penerimaan Siaran Digital
Arah akan datang dalam teknologi satelit juga akan dapat disaksikan
televisen akan diletakan dengan alat penerimaan digital satelit.
Dimana ia kan dipanggil sebagai satelit sediaada (satellite ready). Bagi
menerima siaran berbagai-bagai saluran siaran hanya memerlukan entena sahaja.
Begitu juga bagi penerimaan maklumat dapat dilakukan terus melalui
satelit.
6.4 Pembiayaan
Sejak kebelakangan di negara seperti Amerika banyak terdapat sistem satelit telah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar berbanding di masa lalu ianya milikan negara. Arah kemajuan sekarang di negara Amerika kebanyakan syarikat menjalani urusniaga berkait dengan satelit telah memasuki pasaran awam untuk pembiayaan. Dengan lain perkataan jika dulu syarikat-syarikat satelit dimiliki oleh kerajaan sekarang telah bertukar menjadi milik syarikat awam. Pembiayaan akan diperolehi dari beberapa punca termasuk penjualan saham, pinjaman dari bank , jualan bon dan seumpamanya. Adakah aliran sebegini akan menular ke Malaysia? Kalau ianya akan menular ke Malaysia bukanlah dalam masa yang terdekat .Ini adalah disebabkan ketiadaan kepandaian ,punca modal tetapi ianya bukan satu pelaburan yang dapat memberi pulangan bagi pasaran di Malaysia buat masa ini dan lagi persoalannya siapakah yang akan menanggung perbelanjaan bagi menyediakan sistem tersebut? Jawapannya sudah tentu pengguna yang terpaksa menanggung segala kos. Adakah pengguna mampu? Jika mampu, perkembangan dunia komunikasi satelit akan menuju kegemilangan yang menggalakkan tetapi jika sebaliknya ia akan berkembang tetapi sekadar kajian tanpa penggunaan yang semaksimunnya
7. Pandangan dan Perbincangan
Perkembangan penggunaan komunikasi satelit dalam alaf baru ini akan
menyaksikan peningkatan kepada ciptaan atau penemuan yang baru yang akan
mengandakan kekesanan kos (cost-effectiveness). Di masa sekarang dan akan
datang aplikasi baru akan dibina dengan menggunakan teknologi satelit
di seluruh dunia, ia dijangka kan berkembang begitu pesat dan bidang perniagaan
ini akan cepat berkembang dan tumbuh bagi cendawan.
Perkembangan ini walaupun akan dihalang oleh beberapan isu yang kritikal
saperti dari sudut kesihatan kepada pengguna, keselamatan dan kerahsiaan
maklumat ia tidak dapat menghalang dalam penggunaan teknologi satelit.
Ini adalah kerana ciptaan yang dibuat senentiasa mengambil kira isu-isu
yang berbangkit. Rekaan atau ciptaan juga melibatkan bagaimana untuk meningkatkan
daya keselamatan maklumat dan menghalang daripada memberi kesan sampingan
kepada manusia. Kegagalan mengatasi isu-isu yang kritikal akan menyebabkan
penemuan baru tidak diterima oleh pengguna dan pengguna akan mengalih kepada
hasil ciptaan lain yang memberi manafaat yang setara atau lebih tetapi
dapat menyelesaikan isu kesihatan dan keselamatan atau lain-lain isu.
Bidang ini juga akan melibatkan menarik minat pelabur untuk untuk melabur
seterusnya akan meningkatkan tabungan pasaran awam dalam bidang satelit.
Perkara ini wujud adalah kerana kesedaran,pengetahuan dan “keselesaan”
yang wujud untuk pelaburan dalam bidang ini. Ini dapat dilihat di Malaysia
sendiri di mana dalam pasaran saham indeks bagi teknologi maklumat akan
diperkenalkan.
Saperti yang diperkatakan terdahulu bahawa dalam pasaran semasa teknologi
ini membebankan dari segi kos yang tinggi tetapi dengan tumbuhnya
industri yang berkaitan bagi cendawan diikuti dengan penggunaan yang banyak
ia akan memungkinkan kepada menurunkan kos dan mampu apabila digunakan
dalam kuantiti yang banyak (mass).
Masa depan pasaran komunikasi satelit adalah sukar difahami bagi
aliran teknologinnya tetapi yang nyata setiap aplikasi baru akan
menghasilkan inovasi dalam bidang komuinikasi satelit. Apa yang penting
ialah pembangunan dalam tenologi satelit perlu konsisten dengan kehendak
pasaran dan peluang yang ada. Dengan itu bahagian kajian dan pembangunan
(R &D) perlu peka dengan kehendak pengguna dan arah aliran masa depan.
8. Rumusan
Hari ini komunikasi satelit merupakan satu keperluan kepada manusia
dalam mengadakan komunikasi secara global . Keperluan ini adalah
bagi mencapai berbagai maklumat di dunia ini. Manusia telah membuat rayauan
begitu jauh seluruh dunia, bagi mereka yang tidak dapat bersama akan ketinggalan
dari segi pengetahuan dan kekurangan data serta maklumat. Kekurangan ini
menyebabkan tidak dapat bersaing dan ketinggalan serta mundur kebelakang.
Akhirnya komunikasi satelit akan mengubah dunia dalam bidang komunikasi
dan menjadikan dunia dunia komunikasi sabagai selamat dan mengembirakan
semua.
BAHAN RUJUKAN
(i) Beyda, William J; “Data Communications: from basics to broadband”;
3rd.
Edition; Prentice Hall; 2000
(ii) M.Rich Haria; “Satellite Communication System Principles;
Mc
Graw Hill..Inc
(iii) James Wood: “Satellite Communication Pocket Book”;
A Butterworth- Heinemann
Book
(iv) http/www.satelite.org.com/tutorial/
(v) http://computerworld.com/home/print.nsf/all/990816BB82
(vi) Satelite2 =http://www.fas.org/spp/guide/malaysia/comm/
(vii) http://www.TBS-satellite.com/tse/online/thema_first.html
Lampiran 1
1957
04 Oct First satellite, first Russian satellite, Russia becomes the
1st space power: Sputnik 01
03 Nov First living creature in space: Sputnik 02
1958
01 Feb First American satellite, America becomes the 2nd space power:
Explorer 01
18 Dec First telecommunication satellite: Score
1959
13 Oct First meteorology payload: Explorer 07
1960
03 Nov First NASA satellite: Explorer 08
1961
12 Apr First man in space
1962
24 Feb First phone communication & TV broadcast via satellite:
Echo 1
26 Apr First English satellite: Ariel 1
10 Jul First active telecommunication satellite and first time a company
launchs a satellite: Telstar 1
29 Sep First Canadian satellite: Alouette 1
1963
16 Jun First woman in space
1964
19 Aug First geostationary satellite, first geostationary telecommunication
satellite: Syncom 3
15 Dec First Italian satellite: San Marco 1
1965
26 Nov First French satellite, France becomes the 3rd space power:
Astérix
1967
05 Nov First geostationary meteorology payload: ATS 3
29 Nov First Australian satellite: Wresat
1968
17 May First European satellite: ESRO 2B
1969
21 Jul First man on the moon
08 Nov First German satellite: Azur
1970
11 Feb First Japanese satellite, Japan becomes the 4th space power:
Ohsumi
10 Mar First launch from Kourou: Mika
24 Apr First Chinese satellite, China becomes the 5th space power:
Dong Fang Hong 01
1971
28 Oct First English launched satellite, UK becomes the 6th space power:
Prospero
1974
30 May First direct broadcasting satellite: ATS 6
30 Aug First Dutch satellite: ANS
15 Nov First Spanish satellite: Intasat
19 Dec First civilian satellite 3-axis stabilized: Symphonie 1
1975
19 May First Indian satellite: Aryabhata
1976
08 Jul First Indonesian satellite: Palapa A1
1978
24 Oct First Czechoslovakian satellite: Magion 1
1980
18 Jul First Indian launched satellite, India becomes the 7th space
power: Rohini 1B
1981
12 Apr First manned launch of the Shuttle: STS 01
07 Aug First Bulgarian satellite: Intercosmos 22
1982
11 Nov First satellite launched from the Shuttle: SBS 3
1984
06 Apr First satellite repared in orbit by the shuttle: SMM
16 Nov First time satellites were brought back from space: STS 19
1985
08 Feb First Brazilian satellite: Brasilsat A1
17 Jun First Mexican satellite: Morelos 1
1986
22 Feb First Swedish satellite: Viking
1988
19 Sep First Israeli satellite, Israel becomes the 8th space power:
Offek 1
11 Dec First Luxemburger satellite: Astra 1A
1990
22 Jan First Argentine satellite: Lusat
07 Apr First relaunched satellite: Asiasat 1
16 Jul First Pakistanese satellite: Badr A
1992
10 Aug First South Korean satellite: Kitsat A
1993
25 Sep First Portuguese satellite: Posat
18 Dec First Thai satellite: Thaicom 1
1994
10 Aug First Turkish satellite: Turksat 1B
1995
31 Aug First Ukrainian satellite: Sich 1
31 Aug First Chilean satellite: Fasat Alfa
Sep PanAmSat becomes the first private company ever to provide global
satellite services.
1996
12 Jan First Malaysian satellite: Measat 1
1997
20 May First Norwegian satellite: Thor 2
19 Aug First Philippine satellite: Mabuhay 1
1998
28 Apr First Egyptian satellite: Nilesat 101
1999
23 Feb First Danish satellite: Orsted
23 Feb First South African satellite: Sunsat
sumber:
This document is part of The Satellite Encyclopedia, © Tag's Broadcasting
Services, all rights reserved, NO REPRODUCTION ALLOWED. Please notify any
errors, omissions, etc.
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri
Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT