UNTUK MENUKAR WARNA LATARBELAKANG GOSOK PENUNJUK DI GARISAN INI =============
1. PENGENALAN
1.1 Definisi Pengurusan Projek
1.1.1 Projek didefinisikan sebagai suatu rancangan yang diurus
atau ditadbir yang melibatkan manusia,bahan dan sumber kewangan bagi memikul
atau bertanggungjawab melaksanakan speksifikasi serta skop kerja dalam
lingkungan kekangan masa serta kos bagi mencapai suatu perubahan menguntungkan
yang dinilai melalui kuantiti dan kualiti. Projek adalah gabungan diantara
pengurusan dan bahan-bahan. Projek wujud dengan permulaan dan mempunyai
matlamat,memerlukan bahan-bahan,pengurusan dan berhubungkait antara satu
sama lain.
1.1.2 Pengurusan projek adalah didefinisikan sebagai gabungan diantara
peralatan,manusia,bahan,sumber dengan teknik kemahiran saperti penggunaan
PERT,carta GANNT dan lain-lain teknik pengurusan serta kaedah pengawalan
pengurusan.
1.1.3 Sistem maklumat pula mengikut Zwass (1998) “An information system
is an organized set of components for collecting,transmitting,storing and
processing data in order todeliver information for action”.
1.1.4 Pengurusan sistem maklumat adalah menguruskan semua yang berkaitan
dengan teknologi maklumat saperti operasi, teknologi,bahan,projek,data,
sumber, tenaga manusia dan lain-lain yang berkaitan.
2. PUNCA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PROJEK SECARA AM
2.1 Secara amnya kejayaan dan kegagalan projek banyak bergantung
keberkesanan pengurusan yang berhubungkait dengan projek yang dilaksanakan.
Bagi mencapai pengurusan berkesan perlu dilaksanakan dan mengambilkira
faktor-faktor pendekatan yang dapat menuju atau menghala ke arah
kecermelangan. Faktor-faktor secara amnya yang perlu dilihat dan diambilkira
antara lainnya saperti berikut:
2.1.1 Komitmen Dari Semua Peringkat
Komitmen mestilah bermula dari pengurusan atasan/kanan disokong oleh
semua yang terlibat dalam organisasi mahupun di luar organisasi.
2.1.2 Pemantauan Berterusan.
Memandangkan bahawa kecacatan boleh wujud di semua fasa samaada di
peringkat perancangan,pelaksanaan sehingga ke peringkat projek disiapkan,
pemantauan secara tetap dan berjadual guna untuk membuat pembetulan
bagi memastikan projek berjalan saperti dikehendaki atau dirancangkan.
2.1.3 Ketepatan Pemilihan Pengurus Projek
Pemilihan atau pelantikan pengurus projek mestilah dilantik dari kalangan
mereka yang berpengalaman dan boleh memikul tanggungjawab serta bersesuai
dengan keperluan semasa.
2.1.4 Pendekatan Bersepadu.
Pasukan projek dan semua orang yang terlibat mestilah bekerja dalam
satu pasukan serta mempersetujui dan memahami objektif dan keputusan yang
telah dicapai tanpa membelakangkan keputusan yang telah dicapai. Disamping
itu juga akan mengendalikan urusan secara bersama.
2.1.5 Pendekatan Metodologi Pengurusan.
Menggunakan metodologi formal bukan sahaja dapat memberi panduan
dalam membuat analisis tetapi juga dapat membantu dalam kemajuan merangka
keberkesanan pengurusan strategi.
2.1.6 Kepekaan Keadaan Sekeliling
Perkara yang perlu diberi perhatian juga ialah mengenai budaya, system
ganjaran, perhubungan, peraturan, gunatenaga dan motivasi.
3. PEMILIHAN PENGURUS PROJEK
3.1 Sebelum perbincangan selanjut mengenai apa yang patut dilakukan
oleh pengurus projek bagi memastikan kejayaan yang patut dilakukan adalah
lebih baik dilihat sudut pemilihan pengurus projek serta pengetahuan dan
apa yang patut dilakukan oleh pihak pengurusan dalam pemilihan pengurus
projek serta keperluan pengetahuan yang perlu ada bagi seseorang pengurus.
Umumnya diketahui bahawa terdapat banyak kekangan yang mempengaruhi pemilihan
kesesuaian terhadap pengurus projek. Di sini akan dibincangkan mengenai
beberapa kekangan yang wujud.
3.1.1 Kekurangan Pengurus Projek Yang Berkelibar Di Pasaran
Walaupun ramai yang mendakwa sebagai seorang pakar atau mahir dalam
ringkasan biodata semasa memohon jawatan tetapi kebanyakannya mungkin
hanya mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam satu bidang pengurusan projek
atau dapat mengatasi orang lain dalam satu bidang tetapi tidak keseluruhan
atau kebanyakan bidang pengurusan projek. Mungkin mereka mempunyai
kelebihan dalam latihan,pengurusan dan segala-galanya dalam pengurusan
projek tetapi kemahirannya tidak dikemaskini serta tidak memenuhi kehendak
pengurusan projek semasa. Sungguhpun begitu tidak semestinya seorang
pengurus projek memberi tumpuan keseluruhannya kepada aliran pengurusan
moden kerana terdapat juga pengurusan ala tradisonal masih lagi penting
dan boleh digunapakai.
3.1.2 Keupayaan Pengajian
Bagi mendapatkan seseorang pengurus projek yang serba boleh memerlukan
tawaran gaji yang tinggi dengan mereka yang kurang berpengalaman. Mereka
juga membuat tuntutan yang tinggi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
mereka. Jika kekangan wujud berkaitan dengan kewangan maka tiada pilihan
terpaksa memilih pengurus projek yang hanya mampu dibayar gaji walaupun
perkhidmatan yang diperolehi daripadanya tidak saperti yang dikehendaki.
Lebih malang lagi jika khidmat yang diperolehi tidak mencapai piawai
yang dikehendaki.
3.1.3 Langkah Pemilihan Pengurus Projek
3.1.3.1 Bagi memilih pengurus projek langkah yang utama perlu dilakukan
adalah dengan mengadakan temuduga bukan berdasarkan biodata ataupun
kerana kenalan atau mempunyai “cable” dengan pihak pengurusan. Satu lagi
pemilihan yang perlu dielakkan hanya semata-mata berdasarkan cadangan atau
saranan daripada pihak yang berpengaruh sedangkan calun berkenaan adalah
“underqualified” untuk jawatan berkenaan. Walaupun begitu saranan dari
pihak tertentu ada juga kalanya merupakan salah satu asas permulaan bagi
mendapatkan calun tetapi yang perlu diberi perhatian ialah tapisan mengenai
kelayakan calun berkenaan perlu dilaksanakan dengan tepat.
3.1.3.2 Perkara atau persolan yang perlu diambilkira semasa pemilihan ialah gabungan diantara pengalaman,pengetahuan,sikap,kebolehan, kecerdasan adalah punca utama menuju kearah kejayaan .
4 SKOP
4.1 Faktor kejayaan dan kegagalan pengurusan projek akan lahir atau
wujud dari segenap sudut yang berhubungkait dengan projek itu sendiri.
Ianya berlaku dari sudut pengurusan projek,pengurus projek, perancangan,
pelaksanaan dan lain lain aspek yang berkaitan. Bagi tujuan perbincangan
ini faktor kejayaan projek akan difokuskan hanya kepada kejayaan
berdasarkan kepada perkara yang berkaitan dengan pengurus projek.
5 FAKTOR KEJAYAAN PENGURUS PROJEK
5.1 Pengetahuan Asas Yang Perlu Dimiliki
Organisasi mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan metodologi dalam
melaksanakan pengurusan projek. Banyak terdapat penggunaan metodologi yang
digunakan tidak tepat,menyeleweng dan tidak mengambilkira kehendak metodologi
itu sendiri dan tidak kurang pula yang memusnahkan metodologi itu sendiri.
Dalam hal ini kejayaan projek berkenaan banyak bergantung kepada pengurus
projek dalam merancang,memilih,menyelenggara metodologi dan mengambil faktor-faktor
dalam pengurusan risiko. Oleh yang demikian aspek yang perlu dilihat berkait
dengan pengurus projek adalah saperti persediaan menjadi pemimpin
atau pengurus projek,pengetahuan asas yang perlu dimiliki,bagaimana untuk
mengurus dan lain-lain faktor yang mempunyai hubungkait dengan pengurusan
saperti persekitaran,hubungan kemanusiaan, kecekapan,keberkesanan dan lain-lain.
Dalam kesempatan yang terhad ini perbincangan akan difokuskan kepada persediaan
untuk menjadi pengurus projek,pengetahuan asas yang diperlukan oleh seseorang
pengurus projek dan cara pengurus mengurus.
Di antara sebahagian daripada pengetahuan asas yang perlu dimiliki
oleh seseorang pengurus bagi menentukan kejayaan dalam perbincangan ini
dibahagikan kepada tiga peringkat peringkat pertama atau asas,pertengahan
dan tertinggi. Peringkat asas adalah berkaitan mentadbir dan membuat pemilihan
dan menggunakan teknik atau alatan pengurusan. Peringkat pertengahan pula
ialah membuat laporan,pemantauan projek,pengumpulan,perkongsian dan menggunakan
data, Sementara peringkat tertinggi pula ialah berkaitan dengan mengawal
perbelanjaan, berurusan dengan pelanggan,mendalami dan menggunakan sepenuhnya
pengetahuan dan kemahiran dalam perundingan.
5.1.1 Peringkat Pertama
5.1.1.1 Memahami Objektif Organisasi/Projek
Perkara pokok yang perlu diketahui oleh pengurus projek ialah objektif
organisasi dan projek itu sendiri. Kegagalan memahami dan mengenalpasti
objektif adalah diantara punca utama kegagalan sesuatu projek. Ianya
diibaratkan seorang kapten kapal yang mahir mengendalikan kapal tetapi
tidak mengetahui ke mana arah tujuan yang hendak dituju.Akibatnya kalau
berjalan pun tanpa halatuju yang mana lebih baik daripada berlabuh sahaja
tidak merugikan tenaga,perbelanjaan dan masa.
5.1.1.2 Membuat Perancangan
Membuat perancangan adalah sesuatu kemistian terutama dalam pengurusan
projek sistem maklumat bagi memastikan supaya segala masalah
yang akan timbul berkaitan dapat diminimumkan dan diatasi. Kepentingan
perancangan disebut oleh Steven Alter (1998) “A project palan is especially
important in IS project because unanticipated technical an organization
problem often arise. At minimum , having a plan helps the impact
in indentifing suprises dan evaluatingtheri impact”.
5.1.1.3 Mentadbir Dan Membuat Pemilihan
Bagi mentadbir dan membuat pemilihan keutamaan diseimbangkan juga dengan
janji bila projek berkenaan dapat dilkemukakan atau disiapkan. Kebanyakan
kesilapan pengurus dalam membuat kerja-kerja mentadbir, mengurus dan membuat
pemilihan ialah dengan mengambil jalan mudah dan singkat dengan tidak membuat
perancangan yang teliti dan memahami dengan perjalanan atau susunan keutamaan
proses teknik yang perlu digunakan.
Akibat dari itu mereka gagal untuk menjimatkan masa,gunatenaga dan
perbelanjaan. Mengurus bukan hanya berkisar kepada projek itu secara
fisikal tetapi juga melibatkan pengurusan masa,gangguan yang tidak diundang
saperti panggilan mesyuarat oleh pihak pengurusan atasan secara ad-hoc
dan masalah kelewatan menerima bekalan. Oleh itu jika terdapat bahagian
tugas dapat dilakukan terawal masa,maka masa yang dijimatkan haruskan diambilalih
dengan sertamerta oleh proses berikutnya.
5.1.1.4 Penggunakan Teknik Atau Alatan Pengurusan.
Dalam menggunakan dan memahami teknik pengurusan saperti Critical
Parth Method (CPM), System Development Life Cycle (SDLC), carta GANNT
dan lain-lain teknik perlulah diketahui dan difahami serta apa yang perlu
dielakkan daripada melakukan kesilapan. Kesilapan yang besar ialah tidak
dapat mentafsirkan atau menganalisis dengan tepat data atau output
yang diperolehi dari teknik-teknik tersebut. Lebih malang lagi tidak memahami
secara terperinci kegunaan dan di mana teknik-teknik tersebut digunakan
yang mengakibatkan digunakan pada tempat dan keadaan yang tidak tepat.
Dengan itu sudah tentu keputusan yang dibuat tidak tepat dan projek
akan gagal.
5.1.1.5 Pemantauan Projek
Pengurus projek bertanggungjawab dalam membuat pemantauan dekat
dan terperinci. Ini termasuk mengukur kualiti dan juga pemantauan kemajuan
projek berkenaan. Oleh itu perlu membahagikan masa yang secukupnya dalam
pengurusan projek,menjalankan kerja rutin harian dan kerja-kerja pemantauan.
Pemantauan bukan sekadar ke atas perjalanan projek itu sendiri tetapi
juga terhadap orang bawahan yang terlibat dalam pasukan. Pastikan mereka
menjalankan kerja yang telah dirancangkan dengan betul dan tepat. Dalam
keadaan ini pengurus perlu mempunyai bidang kuasa dan bijak untuk menggunakan
saluran tertentu jika sekiranya ianya di luar bidang kuasanya.
Membuat jangkaan atau telaah mengenai ketepatan menyediakan kerja saperti
yang dirancangkan juga merupakan sebahagian daripada bidang pemantauan.Kemungkinan
jangkaan dibuat selalunya optimis tetapi yang yang penting belajr dir kesilapan
dan pengalaman yang lepas supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulangkali.
5.1.2 Peringkat Pertengahan.
5.1.2.1 Membuat Laporan,Pengumpulan Dan Menggunakan Data
Dalam mengemukakan laporan perkara pokok yang perlu diambilkira bukan
sekadar betul,tepat dan releven data berkenaan tetapi juga diambilkira
kepada siapa laporan dikemukakan dan tahap pemahaman penerima laporan itu
untuk difahami. Sebaik-baik cara laporan ialah yang mudah difahami oleh
semua berpingkat . Tidak guna membuat laporan menggunakan teknologi canggih
dan bahasa yang sukar difahami oleh kumpulan sasar.
Tahap kerahsiaan laporan juga perlu diambilkira kerana tidak semua
laporan boleh didedahkan kepada semua orang. Perlu diketahui dan dibuat
pengasingan bagi mana-mana laporan serta jika perlu diklasifikasikan laporan
tersebut saperti umum,terhad,sulit dan rahsia. Penyimpanan juga mestilah
dilakukan ditempat yang selamat.
5.1.3 Peringkat Lanjutan
5.1.3.1 Pengurusan Tabung Perbelanjaan
Kegagalan atau pembatalan projek banyak juga dipengaruhi oleh masalah
kekurangan kewangan atau pembiayaian. Pengurus perlu tahu dan berupaya
untuk mendapatkan pembiayaan projek yang mencukupi. Tidak berGanntung kepada
janji atau hanya memohon untuk diuntukkan sahaja tetapi dipastikan bahawa
ada dana yang tersedia untuk dibelanjakan apabila diperlukan.
5.1.3.2 Berurusan Dengan Pelanggan
Pengurus projek tidak akan dapat mengelakkan diri daripada berurusan
dengan pelanggan,samaada pelanggan luaran atau dalaman. Oleh itu kebijaksanaan
berurusan dengan pelanggan bukan sahaja dapat memenuhi kehendakan pelanggan
tetapi boleh membuat pelanggan sebagai itu sebahagian daripada pembantu
kepada pengurus berkenaan. Sebelum mendapatkan sokongan yang padu daripada
pelanggan sudah pasti kita perlu memenangi hati mereka. Di sini perlu seseorang
pengurus menyelesaikan pertelingkahan yang wujud dengan baik seboleh–bolehnya
menyelesaikan dengan keputusan tiada siapa yang rugi tetapi kedua-dua
pihak untung. Kefahaman mengenai bagaimana menghormati orang lain akan
memberi kelebihan dalam kerjaya.
5.1.3.3 Mendalami Dan Menggunakan Sepenuhnya Pengetahuan
Bagi mengendalikan atau mengurus projek sesorang perlu mendalami dan
menggunakan sepenuhnya adunan kemahiran,pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Disamping itu dapat membuat telaah akan sesuatu perkara yang akan berlaku
serta mengadakan beberapa alternatif penyelesaian disamping dapat
memilih alternatif yang terbaik. Pengurus juga harus memahami dan dapat
menyelesaikan mengenai risiko pengurusan yang sedang dan akan dihadapi.
5.1.3.4 Kemahiran Dalam Perundingan.
Dalam pengurusan projek terdapat banyak cara bagi membuat dan menerima
tawaran yang memerlukan seninya. Pengurus projek haruslah menonjolkan diri
dalam proses tawar menawar dan dapat menerima dan diterima dalam perbincangan
atau lebih dikenali sebagai konsep win/ win.
Bagi menghadapi konsep atau proses tawar menawar beberapa aspek perlu
diberi perhatian saperti membuat persediaan rapi,meyediakan beberapa alternatif,membuat
analisis untung rugi,seboleh-bolehnya bertindak berkecuali,jelas dengan
objektif perbincangan,elakkan membuat perdebatan. Kemahiran dalam perundingan
sesuatu yang perlu dipelajari dan diamalkan.
5.1.3.5 Buktikan Kejayaan Projek
Perlu diingat bahawa projek belum dianggap selesai selagi tidak dibuktikan
semua matlamat telah dicapai. Pengurus projek tidak harus merasa segan
untuk menyatakan projek yang dilaksanakan telah selesai tetapi tidak
mencapai matlamat atau objektifnya.Pengurus perlu memberi gambaran yang
sebenar supaya ianya dapat diperbaiki atau ubahsuai bagi mengelakkan pembaziran
berlaku.
6. PANDANGAN DAN ULASAN
6.1 Keupayaan teknologi maklumat saperti telekomunikasi, rangkaian,komputer
peribadi serta sumber maklumat membolehkan pengurus mengurus
organisasi secara lebih berkesan berbanding dengan pengurus di masa
lalu. Sungguhpun begitu teknologi maklumat menghidang kepada pengurus
beberapa cabaran dimana sumber-sumber informasi tidak lagi cabang
yang berlainan yang memerlukan kepakaran dan dipertanggungjawabkan kepada
orang lain tetapi telah menjadi tanggungjawab kepada pengurus. Walaupunbegitu
cabaran dan implikasi informasi teknologi kepada pengurusan membantu operasi
urusniaga secara global.
6.2 Sistem informasi tidak akan memberi faedah jika tidak diuruskan
dengan baik, betul dan cekap malah ianya menimbulkan masalah kepada organisasi.
Jika ianya tidak digunakan secara berkesan, cekap dan secara ekonomik secara
global.
6.3 Kebanyakan organisasi hanya menganggap telah menggunakan informasi
teknologi apabila sekadar menggunakan system pengkomputeraan dalam proses
harian saperti menaip. Ianya berkesan apabila digunakan bagi sebagai sumber
sokongan bagi proses membuat keputusan,inovasi bagi mendapatkan keuntungan
dalam persaingan.
6.4 Keefisenan informasi tidak wujud jika masih mempunyai rekod masalah
berkaitan dengan kekerapan berlaku kelewatan,system yang tidak serasi,tiada
intergasi data dan juga banyak terdapat kerja-kerja tertunggak.
6.5 Dari sudut pengukuran berkait dengan faktor ekonomik pula, teknologi
maklumat tidak dianggap sebagai ekonomik apabila kosnya meningkat secara
mendadak berbanding dengan lain-lain kos walaupun kos sebahagian besar
sesuatu proses menurun. Ia dianggap sebagai ekonomik apabila secara keseluruhan
atau purata kos menurun.
6.6 Kejayaan organisasi dalam system informasi adalah pendedahan asasnya
ialah gabungan diantara system prestasi yang dipanjangkan dan penglibatan
yang bermakna dari seluruh yang terlibat dari pengurus hingga ke pengguna
akhir.
6.7 Pengukuran kejayaan sesuatu projek adakalanya dibuat berdasarkan
projek itu dijalankan yang pertama,terbaru,rekaan baru dan seumpamanya.
Pengiktirafan telah diberi tanpa membuat berbandingan atau ketetapan piawaian.
Apabila piawaan ditetapkan bagi pengukuran kejayaan,kadangkala terdapat
projek yang telah diiktirafkan berjaya tidak memenuhi atau mencapai minimum
piawaian ukuran kejayaan. Oleh itu sebelum sesuatu pengiktirafan diberi,perlulah
dipastikan kriteria telah ditepati sekurang-kurangnya ada piawaian minimum
bukan berGanntung kepada yang projek terawal,terbaru dan rekaan baru semata-mata.
6.8 Mengurus projek yang pembiayaan kewangan yang tidak mencukupi memenuhi
minimum perbelanjaan akan menjadi sia-sia. Ini kerana bukan sahaja
projek itu akan gagal,jika pun berjaya dilaksanakan akan menyebabkan banyak
terpaksa dikorbankan terutama dari sudut kualiti dan lebih parah lagi ianya
tidak dapat digunakan dan memberi beban serta masalah terhadap penggunaannya.
6.9 Pengurusan teknologi maklumat mempunyai Implikasi teknologi maklumat
ke atas pengurus dan organisasi.Jesteru itu pengurus perlu mengenalpasti
bagaimana teknologi maklumat memberi kesan kepada pengurus dan organisasi,
masalah prestasi system informasi dapat diselesaikan dengan pengurusan
dalam perancangan system informasi,bagaimana teknologi maklumat memberi
kesan kepada struktur dan aktiviti organisasi,bagaimana konsep dimensi
utama sumber informasi dan kesan terhadap fungsi,bagaimana beberapa cabaran
berkait dengan kebudayaan,politik social ekonomi yang dihadapi oleh pengurus
dalam pengurusan teknologi maklumat juga bagaimana kesan teknologi
maklumat terhadap arahaliran perniagaan dalam organisasi antarabangsa.
Dengan mengenalpasti beberapa perkara-perkara yang perlu diambilkira kesan
daripada
penggunaan aplikasi informasi teknologi yang disebut di atas sudah
pasti ianya dapat mengurangkan kadar kegagalan dalam pengurusan projek
.
7 Penutup
Perkara yang perlu diingat dan diambilkira bahawa untuk menjadi seorang
pemimpin yang baik dan berjaya mestilah juga menjadi pengikut yang baik
juga. Sebagai pemimpin perlu menunjukan teladan yang baik kerana ianya
menjadi cermin dan contoh ikutan oleh orang yang dipimpin. Cuba membina
keyakinan dan diakui oleh orang lain.Disamping itu perlu bersikap adil,fleksibil,etika
kerja serta senantiasa mempunyai pelan kontigensi. Faktor kejayaan
kritikal adalah berdasarkan masa,penjadualan, manusia,perancangan, perkakasan,
anggaran perbelanjaan dan akhirnya komunikasi. Sesungguhnya kita bukan
tidak berpeluang untuk berjaya tetapi gagal untuk mengenali peluang untuk
berjaya. Akhirnya untuk berjaya buat sesuatu betul pada kali pertama dan
selamanya.
Rujukan Dan Bahan Bacaan
1. Zwass(1998) Foundation Information System McGraw Hill
International Editon.
2. Steven Alter (1998) Information System – “A Management Perpective”
Addison Wesley Longman Inc 2nd editon
3. D Kroenke (1989) Management Information System McGraw Hill
4. Gomez, L.K(1998), Managing Human Resources Second Edition. Oren
Hall.U.S.A
5. Fisher.Kimball (1993). Leading Self – directed Work Team : A Guide
to Development New Team Leadership Skill. Mc Graw Hill, New York
6. http://www.clair.ait.ac.th/theses/thailand/th085.htm
7. http://www.projectlearning.com/project-management/habit1.htm
8. http://www.mindconnection.com/library/business/projectmanagement.htm
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri
Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT