E-DAGANG DI MALAYSIA: SARANAN POLISI DAN STRATEGI
untuk
menukar warna latarbelakang gosok penunjuk di garisan ini=============
ABSTRAK
Perniagaan eletronik berlaku melalui talian eletronik yang melibatkan
urusan berkait dengan pengiklanan, pesanan penjualan dan semua aktiviti
pembelian dan penjualan termasuk juga penghantaran bagi perkhidmatan atau
produk yang memungkinkan dihantar melalui media eletronik saperti gambar,
perisian dan khidmat nasihat. Organisasi perniagaan memerlukan polisi dan
strategi dalam memasuki bidang urusniaga ini bagi menakluki pelanggan,
sementara pelanggan pula mempunyai banyak pilihan untuk membuat keputusan
dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sementara pihak kerajaan juga
harus menyokong dan menyediakan kemudahan serta mengadakan polisi dan strateginya
tersendiri yang mana boleh melindungi kedua-dua pihak, peniaga dan pembeli.
Daripada isu, persekitaran dan perkembangan e-dagang menampakkan bahawa
ianya akan berkembang dan dianggarkan akan menjadi satu trend dan
diterima oleh masyarakat di dunia termasuk di Malaysia. Dengan itu semua
pihak yang terlibat harus bersedia untuk menghadapi ledakan e-dagang
dalam masa terdekat. Penerimaaan pada peringkat permulaan mungkin agak
lembab dan kurang sambutan mengenai berpunca kepercayaan dari segi
keselamatan, sukar untuk berubah dengan tabiat pembelian cara tradisional,
masih merasa kepuasan urusniaga tawar menawar dan juga masih ramai yang
bersikap “buta dan takut komputer”. Keadaan ini sama juga semasa autoteller
machine (ATM) mula diperkenalkan yang kurang mendapat sambutan dan hanya
digunakan oleh gulongan “elite” sahaja ketika itu kini penggunaannya begitu
meluas sekali. Perkara yang sama juga dijangka akan berlaku ke atas
e-dagang.
1. PENDAHULUAN
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama
dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh
eletronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan
termasuk juga e-dagang. Komponen penting dalam perniagaan secara
e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web.
Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan dijangka pada tahun ini (2000) meningkat ke $73 billion (Mondahl,1995). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999). Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga.
2. DEFINISI E-DAGANG
E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan
yang dibuat melalui eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan,
pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan
bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw(1998) e-dagang
adalah:
E-commerce includes any form of computerised commercial transactions.These
transactions may mean buying and selling of products and services on networked
computers over the Internet either by consumers or between company and
company.E-commerce also includes handling purchasing transactions,electronic
fund transfers (EFT), buying and selling of new "commodities" such as electronic
information concerning stock prices and classified advertisements.
3. PENGARUH E- DAGANG DAN PERKEMBANGAN MASA KINI DI MALAYSIA
Pengaruh e-dagang itu sendiri mula berkembang kepada perniagaaan
atau perkhidmatan dengan pesatnya. Diantara perkhidmatan dan barangan
yang mempengaruhi peniagaan secara e-dagang ialah ubatan, pakaian,
hadiah harijadi, tempah tiket, muzik, laman web, buku termasuk dan juga
gambar lucah.
Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif PDX Infoworld Scln Bhd's
:
“E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with
the state of regulatory framework, Government incentives, consumer education
and awarenessin Malaysia.”
Di Malaysia, mengikut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam urusniaga melalui e-dagang di mana terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM 76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999, jangkaan yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM1.14juta. (Berita Harian, 21 Julai,2000).
Gaya hidup perbelanjaan menggunakan kad kredit telah lama mendapat tempat di Malaysia. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran.
Perkembangan Penggunaan Internet juga meningkat di Malaysia daripada
tahun 1995 yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepada 600,000 pengguna
pada awal tahun 1999. Sungguhpun begitu masih ramai lagi penduduk belum
memiliki komputer dianggarkan cuma 10% daripada jumlah penduduk. Jumlah
penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 23.26 juta
orang (Jabatan Perangkaan Malaysia , 2000 ).
Sementara mengikut laporan penggunaan internet sebagaimana berikut:
Jumlah Hasil Perdagangan Internet (1997-2004)
Tahun Jumlah Hasil
1997 6.31
1998 18.01
1999 58.89
2000 164.15
2001 426.72
2002 993.68
2003 2066.4
2004 3469.85
Pengguna Internet di Malaysia 1997-2004
Tahun Jumlah Pengguna (million)
1997 .44
1998 .58
1999 1.27
2000 1.89
2001 2.72
2002 3.23
2003 3.63
2004 3.91
Sumber: International data Corporation 1999
Nota: Perdagang internet merujuk kepada urusniaga di lama web yang
telah terikat dengan pembelian. Pembayaran mungkin dilakukan melalui internet
atau pembayaran biasa.
Perlindungan juga diberi oleh Akta Teknologi Maklumat (1999) kepada syarikat-syarikat yang menjalani perniagaan melalui elektronik dan juga pengguna. Perkembangan mengenai dengan infrastuktur telah diberi perhatian oleh kerajaan melalui projek Koridor Raya Multimedia. Keadaan ini dapat menyokong perkembangan teknologi maklumat termasuk e-dagang.
4. KELEBIHAN/KEBAIKAN PERNIAGAAN E DAGANG
Kelebihan atau kebaikan perniagaan perlu dilihat dari dua sudut iaitu
sudut peniaga dan pengguna.
4.1. Kebaikan Dari Sudut Peniaga
4.1.1. Kos Rendah
Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan kos
sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain-lain kos yang berkait
dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan
berlaku.
4.1.2. Hubungan Terus Dengan Pelanggan
Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar mendapat
maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat
dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala kelemahan
dengan segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap
polisi dan strategi.
4.1.3. Memudahkan Melakukan Perubahan
Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta lain-lain perkara
yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan keadaan
semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai
ke sasaran.
4.1.4. Kawasan Pemasaran Yang Luas
Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang untuk mengiklan
dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan.
4.2. Kebaikan Dari Sudut Pengguna
4.2.1. Banyak Pilihan
Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan daripada
segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat
pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih
tinggi.
4.2.2. Menjimatkan Masa
Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan serta
dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat
pergi ke kedai atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet
dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.
4.2.3. Tiada Kos Tambahan
Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau mengurangkan
melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak
akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.
4.2.4. Membuat Perbandingan Lebih Tepat
Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau perubahan spesifikasi
dengan cepat dan dapat mengelakkan daripada dieksplotasikan oleh penjual
berkait dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item pada
tawaran terdahulu. Ini dapat dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu
telah di simpan (save) terlebih dahulu.
5. KELEMAHAN E DAGANG
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan
e-dagang. Saperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut
peniaga dan juga pelanggan.
5.1. Kelemahan Dari Sudut Peniaga.
5.1.1. Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar
Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian
atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web.
Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan
melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau
perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir
dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.
5.1.2. Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas
Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan.
Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka
yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka
yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan
jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.
5.2. Kelemahan Dari Sudut Pembeli
5.2.1. Pesanan Tidak Diterima
Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepada
pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat
yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang
dan pihak pembeli mengalami kerugian.
5.2.2. Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan
Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya
barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan,
akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi
maksud fahaman oleh pembeli.
6. ISU
6.1. Keselamatan
Perkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan
dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan
sekadar dipintas dan dibuat perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan
lebih terdedah kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.
6.2. Percukaian
Sistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan.
Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak
dikenakan atau dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai
jualan merupakan penyumbang kepada hasil negara.
6.3. Penipuan
Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan di mana 20%
pelanggan telah membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj
Kamthan,1999). Kad kredit merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui
e-dagang. Perlukan dibuat penghantaran sebelum memastikan kad sebenarnya?
Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang
dihantar melalui eletronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat
bukti yang membabitkan penipuan urusniaga di internet dunia bernilai AS$3.2
bilion(RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000)
6.4. Syarikat Tiada Mempunyai E-Dagang
Mengikut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat oleh Ellis Booker
terdapat 65% daripada syarikat perniagaan tidak mempunyai e-dagang. Daripada
jumlah itu juga tiada mempunyai strategi e-dagang secara menyeluruh dan
hampir satu per empat daripadanya tidak mempunyai asas perniagaan dan perancangan
perlaksanaan bagi e-dagang. Kajian itu juga mendapati kesukaran bagi mengenalpasti
hubungan di antara perniagaan dengan teknologi maklumat.
7. SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA
Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga
bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Namun
begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang
dan polisi dan strategi bagi e-dagang di Malaysia terutama berkait dengan
adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya terdiri masyarakat majmuk.
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. Polis dan strategii perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan.
7.1. Pihak Kerajaan
7.1.1. Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek
perundangan yang tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah
telus serta melindungi hak, harta dan mengawal penipuan.
7.1.2. Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang.
7.1.3. Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan
7.1.4. Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga e-dagang.
7.1.5. Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang.
7.1.6. Mengalakan self regulated industry kepada sektor swasta
7.1.7. Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga.
7.1.8. Menerap kecekapan ilmu IT kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan dalam perniagaan eletronik.
7.2. Pihak Swasta
7.2.1. Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel
dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli.
7.2.2. Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.
7.2.3. Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan.
7.2.4. Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan.
7.2.5. Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan.
7.2.6. Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
7.2.7. Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada
ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti
kiosk.
8. KESIMPULAN
Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan
sektor awam. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan
mengelakan kekeliruan, pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan
serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan
(authority). Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam
bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang
bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu
dengan projek Lebuhraya Multimedia. Dengan itu dijangka urusniaga melalui
e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa
yang terdekat.
Perdagangan e-dagang mempunyai peluang yang sangat besar di dalam
kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Disamping itu juga memperkenalkan
cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia
dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang.
9. BAHAN RUJUKAN DAN BACAAN
i. Berita Harian, (1 Ogos 2000), Asean belum sedia laksanakan e-dagang.Berita Harian, 21 Julai,2000 ,Manfaat Sepenuhnya E-Dagang.
ii. Berita Harian,23 Mac,1999
iii. ELLIS BOOKER :Survey: 65% Of Companies Don't Have E-Comm Strategy,INTERNET WEEK ONLINE SEPT 6TH 1999
iv. http//:www.microtimes.com
v. http//:www.un.org/Dept/eca/adf/adf99policy.htm
vi. Lee Foong Yeuw , What is Electronic What is Electronic, Jaring Internet Magazine/July 1998,Vol 1, No 2; p.16-17
vii. Mondahl. M., Forecast of the Core Economy. Forrester Research Report (September 1995)
viii. Pankaj Kamthan,(1999). E-commerce on the WWW: A Matter of Trust , e-commerce on trust.htm, published 25 April,1999.
Laman
Utama
Latarbelakang
Negeri
Ku Terengganu
Renungan
Artikel
IT