UNTUK MENUKAR WARNA LATARBELAKANG GOSOK PENUNJUK DI GARISAN INI =============

OLEH : CARM
JUN 2000

Yourdon Systems Method (YSM)
 
 

1. PENGENALAN KEPADA YSM
1.1. YSM telah diperkenalkan di antara akhir tahun 70an dan di awal       80an yang menekan kepada Gambarajah Aliran Data (DFD) yang disokong) oleh proses desripsi dan data dictionary. Sehinggalah di masakini perubahan dibuat  dan diubahsuai dengan melibatkan analisis terhadap data dan kejadian.
1.2  YSM moden, keperluan kepada data dengan menggunakan Gambarajah  Hubungan Entiti (ERD) yang melihat  secara logik kepada keperluan data. Sementara Gambarajah Aliran Data (DFDsebagai alat utama dalam bagi melihat proses yang diperlukan. Dalam mengenalpasti, menganalisis kejadian menggunakan State Transition Diagram (STD) guna untuk melihat kesan terhadap sistem yang diperlukan.
2. TIGA FASA  YSM
YSM melibatkan tiga fasa, pertama fasa Kajian Kemungkinan, Kedua Permodelan Keperluan dan ketiga fasa Permodelan Pelaksanaan.
2.1. FASA 1 : Kajian Kemungkinan
Fasa ini adalah mengkaji sistem yang ada iaitu itu sistem semasa dan persekitaran apa-apa yang terlibat serta mempengaruhinya. Ianya bukan sekadar mendapatkan gambaran keadaan semasa dan persekitaran tetapi juga melihat kepada kaitannya dengan permasalahan yang wujud. Dengan itu dapat difahami secara menyeluruh mengenai sistem yang ada bersekali dengan kekuatan dan kelemahannya.
Di fasa ini kajian dijalankan dengan menggunakan teknik seperti temuduga, soalselidik dan sebagainya.
2.2 FASA 2 : Permodelan Keperluan
Fasa ini akan menerangkan mengenai elemen-elemen yang diperlukan oleh sistem bersekali dengan data secara terperinci. Di sini dipelbagaikan kperluan dalam beberapa versi yang merujuk kepada setiap data model yang dibuat rujukan.
Permodelan keperluan mengandungi dua komponen iaitu:
· Model Persekitaran
· Model Tingkah Laku
2.2.1 Model Persekitaran
Model ini mendefisikan mengenai sempadan di antara sistem dengan persekitaran sistem yang wujud. Model ini mengandungi penyataan tujuan, gambarajah hubungan entiti, senarai kejadian/peristiwa.
2.2.1.1Penyataan Tujuan.
Penyataan tujuan ini di sediakan oleh pihak pengurusan atasan menerangkan mengenai dengan tujuan sistem diadakan.
2.2.1.2 Gambarajah Hubungan Entiti
Gambarajah ini mengambarkan hubungan dalam keadaan yang sebenarnya wujud dalam sistem yang ada.

2.2.1.3 Senarai Perihal/Peristiwa
Menyenaraikan segala urutan peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan sistem. Peristiwa itu dinyatakan secara spesifik.
Model Perihal
Model ini mengambarkan mengenai dengan Perihal yang berlaku dalam sistem yang berhubungkait dengan persekitaran. Ia mengandungi Gambarajah Aliran Data (DFD), Gambarajah Hubungan Entiti (ERD), State transition digram dan semua ini dimasukan dalam data dictionary.
Gambarajah Aliran Data diperolehi dari senarai perihal di mana satu proses di gambarajah aliran data bagi satu peristiwa. Semakan akan dibuat ke atas gambarajah hubungan entiti dengan gambarajah aliran data.
Model ini juga akan memperlihatkan apa yang akan dilakukan oleh sistem, bila ianya akan berlaku dan apa data yang digunakan oleh sistem berkenaan.
2.3 FASA 3 : Permodelan Pelaksanaan
Dalam permodelan perlaksanaan ini adalah melihat kepada teknologi yang ada untuk disesuaikan dengan kehendak sistem. Disimping itu ianya digabungkan dengan menetapkan sempadan sistem yang hendak dilakukan sistem berkomputer.
3. Model Yang Digunakan
YSM menggunakan model Gambarajah Aliran Data (DFD), Gambarajah Hubungan Entiti (ERD), State Transition Diagram (STD)
dan prototyping. YSM dibangunkan berasaskan lima model. Model-model berkenaan adalah:
· Model Perlaksanaan Semasa
· Model Keperluaan
· Model Pelaksaan Pengguna
· Model Pelaksanaan Sistem
· Model Pelaksanaan Program
Model Keperluan dibahagikan kepada bahagian iaitu model persekitaran dan model kelakuan sementara  model pelaksanaan sistem mengandungi model pemprosesan dan model tugas.
Hubungan di antara model-model sebagaimana berikut:
 

4. KEBAIKAN YSM
Terdapat beberapa kebaikan YSM di antaranya ialah:
· Sistem ini lebih menekankan kepada proses
· Fleksibel
· Tidak terlalu teknikal
· Dilakukan oleh juruanalisis sistem
5. KEBURUKAN YSM
· Penglibatan pengguna adalah tahap minimum
· Data analisis hanya dibuat tidak secara terperinci.
· Isu organisasi di atasi dengan cara tidak langsung

6. KESIMPULAN
YSM mengandungi  dua asas penting iaitu alatan (tools) dan teknik. Alatan yang digunakan dipelbagaikan bergantung kepada keperluan model dan senibina sistem informasi. Alat yang paling popular digunakan ialah Gambarajah Data Aliran (DFD).

INFORMATION ENGINEERING (IE)

1. PENDAHULUAN

1.1. Information Engineering(IE) mula dipoerkenalkan di antara akhir tahun 70an dan awal tahun 80an. Nama Information Enggineering dinamakan sempena dengan pendekatannya yang bermodelkan dan  mengutamakan konsep kejuruteraan (engineering). Pembinaan sistem disamakan seperti membina bangunan. Teknik formal dilihat secara keseluruhan pertalian di antara sistem-sistem yang wujud.
1.2. IE adalah merupakan satu lagi teknik yang digunakan menganalisis fasa setiap projek, asasnya membuat kajian ke atas sistem dan persekitaran sistem bagi memastikan bahawa semua yang terlibat dapat gambaran yang jelas mengenai projek berkenaan.

2. OBJEKTIF DAN PRINSIP

2.1. Objektif

IE menpunyai dua objektif asasnya iaitu:
· Bagi membangunkan satu intergrasi sistem yang didefinisikan melalui objektif dan strategi bagi menyokong urusan yang sebenar.
· Bagi melahirkan sistem informasi yang memenuhi kehendaki bukan sahaja memenuhi kehendak semasa tetapi juga memberi ruang menyesuaian bagi perubahan akan datang.
 

3. Prinsip

Prinsip utama yang digunakan oleh  IE seperti berikut:
· Berorientasi Urusan
· Pendekatan Senibina
· Pelbagai Cara Pembangunan
· Pendekatan Berfasa
· Penglibatan Pengguna
· Pengguna Persembahan Secara Grafik
· Menggunakan Sokongan CASE TOOL
· Kawalan Pelaburan.

4. FASA-FASA DALAM IE

Fasa dalam IE dibahagikan kepada tujuh fasa:
· Perancangan Strategi Informasi
· Analisis Ruanglingkup Urusan
· Rekabentuk Sistem Urusan
· Rekabentuk Teknikal
· Pembinaan
· Peralihan
· Produksi
 
 
 

Fasa-fasa IE Secara menyeluruh dan hubungan dapat dilihat sebagaimana gambarajah di bawah:
 
 
 
 

4.1 Perancangan Strategik Urusan

Perancangan Strategik Informasi(ISP)  adalah  di antara Pelan Strategik Urusan (BSP)dengan  Sistem Informasi yang dikenalpasti untuk keperluan informasi bagi seluruh organisasi. ISP adalah sebagai maklumbalas ke BSP untuk diperjelaskan lebih terperinci. ISP boleh digunakan:

· Mmbuat penilaian bagaimana teknologi memberi kesan kepada perancangan strategi
· Mengenalpasti data untuk digunakan secara gunasama
· Mendefinasi sistem untuk memenuhi kehendak  informasi
· Menilai kekesanan sistem sediaada
· Mendefinasi strategi teknikal untuk kegunaan teknologi maklumat

ISP mengandungi lima tugas utama:
· Pelan dan Penggerak ISP
· Ringkasan Keperluan
· Analisis Persekitaran Semasa
· Mendefinisi Senibina
· Mendefinisi Strategi dan Pelan

4.1.1 Pelan Dan Penggerak ISP

Tujuan tugas ini adalah bagi mendefinisikan skop, kumpulan kerja dan juga menyediakan jadual kerja.
 

4.1.2 Ringkasan Keperluan

Menyenaraikan keperluan organisasi secara menyeluruh dan luas dengan membuat analisis ke atas Pelan Strategi Urusan. Disamping itu juga perlu memberi perhatian kesan terhadap teknologi maklumat.

4.1.3 Analisis Persekitaran Semasa

Mendapatkan maklumat mengenai dengan keadaan semasa untuk dibandingkan dengan keperluan organisasi dan senibina sistem yang akan dibangunkan.

4.1.4 Mendefinisi Senibina

Bagi pembangunan sistem akan datang perlu dibangun satu rangka senibina yang mengandungi:

· Senibina Informasi
· Senibina Sistem Urusan
· Senibina Teknikal

4.1.5 Mendefinisi Strategi dan Pelan

Peringkat bebepada altenatif yang dicadangkan dibuat penilaian bagi memastikan bahawa hanya cadangan terbaik dikemukakan untuk kelulusan.
 
 
 

4.2 Analisis Ruanglingkup Urusan

Analisis ruanglingkup urusan perlu dibuat secara terperinci bertujuan bagi untuk mengenalpasti aktiviti, bebrapa keutamaan yang perlu diberi perhatian bagi menyokong ke arah pembinaan sistem. Tujuh tugas utama analisis ruanglingkup urusan ialah:
· Rancang dan aktifkan projek strategi ruanglingkup urusan
· Kumpulkan maklumat
· Sediakan model ruanglingkup urusan
· Analisis sistem semasa
· Tetapkan modul ruanglingkup urusan
· Rancang rekabentuk
· Kemukakan analisis ruanglingkup urusan

4.3 Rekabentuk Sistem Urusan

Dalam menyediakan rekabentuk sistem urusan dibahagikan ruanglingkup urusan kepada bahagian-bahagian kecil. Perlaksanaannya mengambilkira pandangan pengguna yang dibuat melalui temuduga, laporan, dialog dan juga peraturan tersedia ada. Lapan tugas utama rekabentuk urusan sebagaimana berikut:
· Rancang Dan Aktifkan Rekabentuk Sistem Urusan
· Rekabentuk Struktur Data Asas
· Rekabentuk Struktur Siatem
· Rekabentuk Peralihan
· Rekabentuk Prosidur
· Pilih Rekabentuk
· Rancang Rekabentuk Teknikal
· Kemukakan Rekabentuk Sistem Urusan
 

4.4 Rekabentuk Teknikal

Rekabentuk teknikal diasaskan kepada aspek pengkomputeran. Keperluan sebenar dan terperinci bergantung kepada bagaimana pelaksanaannya akan dilaksanakan. Tugas utama dalam rekabentuk teknikal mengandungi sembila tugasan:
· Rancang Dan Aktifkan Rekabentuk Teknikal
· Rekabentuk Struktur Data
· Rekabentuk Perisian
· Rekabentuk Terperinci Peralihan
· Rekabentuk Prosidur Operasi
· Tentukan Rekabentuk Teknikal
· Rekabentuk Sistem Percubaan
· Rancang Pembinaan Dan Peralihan
· Kemukakan Rekabentuk Teknikal

4.5 Pembinaan

Fasa ini adalah merupakan pembinaan rekabentuk sistem dan juga  data. Ianya dianggap selesai apabila segala kriteria dipenuhi dan diterima oleh pengguna. Tujuh tugas utama dalam pembinaan:
· Rancangan dan aktifkan pembinaan
· Bins prngkalan data
· Bina program
· Bina sistem sokongan
· Penentuan sistem
· Persedian peralihan
· Kemukakan pembinaan
 
 

4.6 Peralihan

Fasa ini  adalah bagi menukarkan penggunaan sistem lama ke[ada sistem baru. Di mana semua prosidur, fail  dipindakan kepada sistem baru. Ia juga dituruti dengan latihan kepada pengguna. Di fasa ini, tanggungjawab atau tugas yang terlibat adalah :
· Rancang Dan Aktifkan Peralihan
· Mengendalikan Latihan Kepada Pengguna
· Pemindahan Data
· Merasmikan Sistem Produksi
· Mencapai Penerimaan Sistem

4.7 Produksi

Fasa ini memperlihatkan operasi diteruskan dengan sistem baru. Dalam sesuatu jangkamasa sistem akan dikaji dan diubahsuai bagi meningkatkan prestsi dan kehendak organisasi.

5. Penutup

IE memaparkan kepada kitaran hayat yang lebih luas berbanding dengan methodologi lain. Ianya menerangkan beberapa fasa pembangunan bagi memenuhi kehendak organisasi, perkembangan pembangunan, tahap pelaburan dan arahaliran perkembanga dalam bidang teknikal. Dari segi mendokumentasi, ianya dibuat secara terperinci dan dijelaskan dengan begitu menyeluruh.
 
 
 
 

PERBEZAAN DI ANTARA YOURDON SYSTEM METHOD (YSM) DAN INFORMATION ENGINEERING(IE)

1. Skop Perbincangan

Dalam mmbincangkan perbezaan kedua metodologi, skop perbezaan dan persamaan akan dibincangkan berdasarkan dan meliputi aspek berikut sahaja, iaitu:
· Kitaran hayat
· Struktur
· Penglibatan pengguna
· Teknik yang digunakan
 

2. Kitaran Hayat

Kitaran hayat IE lebih menyeluruh dibandingkan dengan YSM. Ini kerana IE  lebih menumpukan kepada keseluruhan data organisasi berbanding dengan data projek. Perbandingan kitran hayat bagi kedua-dua kaedah sebagaimana berikut:
 
 
 
 

Kitaran Hayat IE YSM
Perancangan Strategi Informasi
Kajian Kemungkinan
Analisis Sistem
Rekabentuk Sistem
Kod Program
Modul Percubaan
Intergasi dan Percubaan Sistem
Pelaksanaan
 

IE juga meliput sehingga pelaksanaan. YSM hanya meliputi sekadar kajian kemungkinan, analisis sistem dan rekabentuk sistem.
 

3. Struktur

IE merupakan satu kaedah yang berstruktur tinggi dengan arahan yang tersusun untuk dianalisis. Sementara YSM pula disokong dengan sebahagian daripada teknik-teknik tetapi tidak begitu tertaaluk kepada secara tetap kepada teknik tertentu bagi setiap rangka kerja.
 
 
 

4. Penglibatan Pengguna

Walaupun boleh dikatakan kedua-dua memberi ruang penglibatan kepada pengguna tetapi tahap penglibatan adalah berbeza-beza. IE menunjukan memberi keutamaan kepada pengguna dengan menggalakan penglibatan pengguna di semua fasa. Bukan sekadar itu sahaja mengadakan bengkel bagi memastikan pengguna faham guna untuk meningkatkan kualiti.

YSM tidak memberi ruang kepada pengguna secara “formal” sekadar memberitahu dan mengadakan hubungan “baik” dengan pengguna. Ini kerana YSM tidak menetapkan apa-apa peraturan berkait dengan proses pembangunan sistem dan membuat keputusan

5. Teknik Yang Digunakan

IE menggunakan teknik Canon Sythesis  yang mengabungkan pandangan dan pendapat pengguna berkait dengan  data attribute dan kebebasan di antara  attribute. Sementara YSM tidak menggunakannya.

6. PENUTUP

Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan di antara satu kaedah dengan kaedah yang lain, pemilihan kaedah akhirnya bergantung kepada kekuatan, kemampuan dari segi kos, tempuh yang diperlukan atau masa yang dihad akan menjadikan sesuatu kaedah itu dipilih. Faktor mengenai kepakaran dalam sesuatu kaedah oleh juruanalisis atau mereka yang terlibat dalam membuat analisis dan rekabentuk sistem juga merupakan faktor yang mempengaruhi dalam menggunakan kaedah tertentu. Akhirnya pemilihan kaedh bergantung kepada keputusan oleh pihak pentadbiran atau pasukan petugas.
 
 
 
 
 
 
 

RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN

1. Robin Peel et al.,  1995. Object Orientation & Business-Driven Information Engineering.  Information Engineering Services Pty Ltd.

2. David C. Hay,  19XX. Object Orientation & Information Engineering: The Analysis Process.  Essential Strategies, Inc.

3. Grady Booch, 1994. Object Oriented Analysis and Design with Applications.  UK: Addison-Wesley.

4. James Rumbugh et. al, 1992. Object Oriented Model and Design.  NJ: Prentice Hall.

5. http://www.yourdon.com/articles/Byte8910.html

6.  http://www.is.monash.edu.au/~iecom/public/station/yourdon.htm

7. http://www.information-engineer.com/wiie.htm

KEMBALI KE:

 Laman Utama
Latarbelakang Negeri Ku Terengganu Renungan Artikel IT