Make your own free website on Tripod.com

PENYELIAAN DAN KAUNSELING

 

MOTIVASI

 

1.         Apa dia?

      Gabungan dua perkataan: Motive + Action = bertindak menurut landasan yang betul menuju matlamat kecemerlangan

      Motivasi ada dalam setiap diri manusia

      Orang lain hanya mampu dan boleh menyedarkan sahaja potensi yang ada pada anda

      Masalah - Kadangkala mengarah ke arah keburukan

      Tiada orang mampu mengubah sikap mengenai kejayaan kecuali diri sendiri

      Hanya motivasi yang baik dan betul patut dibangkitkan dalam diri seperti berjaya menjadi moto hidup

      Mengatasi dengan cara mengenali dan faham erti kejayaan dapat menghargai nilainya.

 

2.         Jenis Motivasi

 

      Motivasi pencapaian

      Motivasi kepimpinan

      Motivasi persahabatan

Ketiga-tiga ini wujud dalam setiap insan dengan kekuatan yang berbeza

 

Motivasi Pencapaian

 

      Mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi senentiasa mahu mencapai kejayaan cemerlang

      Jika mempunyai motivasi pencapaian yang kuat:

o       Akan mempunyai salah satu dari 4 tanda berikut:

         Punya hasrat untuk bertanding dengan dirinya sendiri dan menang

         Hasrat untuk menang bila bertanding dengan orang lain

         Matlamat yang mahu dicapai sesuatu yang :

        Unik atau

        Luar biasa atau

        Mempunyai sistem atau

        seni :

         Matlamat yang mahu dicapai mempunyai jangka masa yang panjang

o       Membentuk wawasan cemerlang

o       Senentiasa ada khayalan dalam pemikiran untuk berjaya yang mempunyai 10 komponen berikut:

         Keinginan pencapaian

         Bertindak mencapai keinginan

         Menjangka kemungkinan kejayaan

         Menjangka kemungkinan kegagalan

         Peka kepada kelemahan diri

         Peka kepada halangan sekitaran

         Mencari bantuan, nasihat dan panduan

         Merasa kegembiraan bila berjaya

         Merasa sedih bil gagal

         Menumpukan kepada matlamat yang tunggal

 

o       Jika mempunyai 10 komponen di atas motivasi pencapaian adalah kuat.. Jika tiada jangan risau dan boleh dilakukan dengan cara:

         Bangkitkan sendiri dalam diri

         Senentiasa menerapkan 10 komponen di atas sekurang-kurangnya 40 hari berturut-turut untuk sebati

         Rasakan cara berfikir dan bertindak berubah menjadi orang berjaya

 

            Faktor lain yang mempengaruhi dorongan dalam diri

o       Kebolehan dan kemampuan

o       Kegigihan dan ketekunan mahir dan luar biasa

o       Kebolehan bergabung dengan dorongan yang kuat matlamat kejayaan cemerlang dapat dicapai.

 

Motivasi Kepimpinan (Power Motivation) & Motivasi Persahabatan

 

      Penting juga bagi setiap manusia

      Tumpuan sepatutnya lebih rendah berbanding motivasi pencapaian

      Perlu cemerlang dulu sebelum berjaya dalam masyarakat

 

 

Kesimpulan:

 

      Bila disebut motivasi selalu dimaksudkan ialah Motivasi Pencapaian

      Asas motivasi adalah sama di semua peringkat sama ada pelajar,pekerja, tua atau muda asasnya adalah sama iaitu bergerak menuju ke matlamat kecemerlangan

      Asas motivasi mengenal diri sendiri dan apa yang hendak dicapai

      Walaupun ada banyak matlamat tetap untuk berjaya dengan cemerlang tumpukan kepada satu matlamat dalam satu-satu masa

 

3.         Bagaimana memotivasikan diri

      Kenal diri dan sayang diri sendiri

      Dapatkan apa yang mahu supaya diri bahagia

      Bezakan yang baik dengan yang buruk

      Tumpukan kepada yang baik sahaja

      Pilih pintu kejayaan

 

4.         Untuk menjadi Insan Bermotivasi Tinggi

      Kenal apa yang mahu dalam hidup

-         Kejayaan yang memberi kebahagiaan abadi bukan keseronokan yang sebentar

      Letak cita-cita paling atas dan beri keutamaan

      Kalbu perlu mengambil akal sebagai penasihat

      Senentiasa mendengar nasihat daripada akal

 

 

5.         Komponen Motivasi Diri

      Nawaitu kerana Allah

      Menetapkan matlamat

      Bersih hati

      Bersungguh mahu

      Hargai kemampuan anda

      Minta bantuan Allah

      Persaingan yang sihat

      Berfikiran positif terhadap halangan dan masalah

      Patuh kepada agama

      Sayang kepada guru

      Berkawan dengan rakan yang baik

      Membantu orang lain

      Mesra dan erat

      Hadiah sesuatu pada diri

      Elak kesilapan

      Mencontohi orang berjaya

      Mantapkan keyakinan

      Cari persekitaran yang baik

      Merujuk kejayaan lepas

      Merancang waktu

      Berdoa dan bertawakal

 

-          

6.         Bagaimana mengekalkan motivasi dalam diri

      Senentiasa ingat kepada nilai kejayaan

      Serulah diri anda agar berjaya

      Fikir,ambil tahu, dengar, rasa nikmat, bercakap, syukur tentang kejayaan

      Kejayaan demi kejayaan

 

 

7.         Mengapa motivasi boleh meningkatkan prestasi

      Meningkatkan prestasi, meningkatkan daya pengeluaran membantu organisasi tingkat pengeluaran yang tinggi bagi orang yang bermotivasi

      Punya hasrat untuk bertanding dan menang

      Membentuk wawasan cemerlang

      Berusaha mencapai matlamat

      Meningkat prestasi

       

8.         Maksud pegawai berprestasi tinggi

      Rajin, cepat

      Tepat masa

      Tinggi bench mark

      Ukuran lebih tinggi daripada piawai berprestasi tinggi

 

9.         Pengurusan Sumber Manusia atau jabatan berkenaan yang bertanggungjawab mengenai perkara berkati dengan motivasi

 

10.     Mengapa kita harus memotivasikan diri

 

      Mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya

      Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Dia memulakan dari dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak dirinya.

      Alasan yang lumrah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu ialah kerana mengabaikan sama sekali tenaga motivasi diri sendiri

      Adalah mustahil untuk memotivasikan diri orang lain, sebelum kita belajar memotivasikan diri kita sendiri.

      Peluang akan berada di mana-mana bagi seseorang yang mengerti dan menggunakan motivasi diri sendiri

      Pada asasnya apa yang kita peroleh dari hidup ini bergantung kepada bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri.

 

SIFAT KEGAGALAN

 

      ketidakyakinan kepada diri sendiri

      sikap melengah-lengahkan kerja

      sifat berpura-pura

      sifat mementingkan diri sendiri

      hidup tanpa tujuan

 

 

SIFAT KEJAYAAN

      Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa itu matlamat tercapai

      Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu

 

      Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.

      Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

 

 


KAUNSELING

 

1.                   Definisi

 

      Kaunseling - Suatu proses menolong yang profesional bertujuan membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya bagi mencapai membantu dirinya.

      Bimbingan bantuan yang diberikan menambahkan maklumat kepada klien bagi membolehkan klien menyelesaikan masalah dirinya

 

 

2. Objektif Yang Perlu Difahami Oleh Seorang Kaunselor

 

a)                  Menolong menganalisis keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.

 

b)                  Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja

 

c)                  Menolong klien menyelesaikan masalah mereka

 

d)                  Membolehkan klien menganalisis pandangan mereka dan tingkah laku yang mengganggu

 

e)                  Mengimbas kembali kemungkinan yang akan terjadi akibat daripada setiap cara atau perbuatan yang mengganggu.

 

 

3. Tujuan

 

a)                  Sebagai pembetulan, nasihat dan pandangan yang membina

 

b)                  Membangun dan menghasilkan perubahan yang positif dalam diri klien.

 

c)                  Menjadikan klien lebih stabil dan produktif

 

d)                  Memenuhi potensi dan seterusnya menjadi seorang yang berjaya.

 

e)                  Membantu membuat penyesuaian kehidupan tanpa banyak penderitaan.

 

f)                   Mempertingkatkan perkembangan diri klien supaya dapat mencapai tahap kesihatan mental yang maksimum.

 

 

4. Faktor Mengapa Kaunseling Di Perlukan

 

a)                  Memberi maklumat

 

b)                  Menggalakkan celik-akal

 

c)                  Memberi sokongan

 

d)                  Penyelesaian konflik

 

e)                  Membuat keputusan.

 

5.                   Kaunseling Dapat Membantu Masalah Berikut:-

 

      Ketegangan dan ketidakpuasan di tempat kerja

      Ketidakseimbangan emosi

      Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan

      Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat

      Konflik peranan dengan cara gaya pentadbiran

      Perbezaan di antara keperluan personal pekerja dengan polisi jabatan

      Prestasi kerja tidak memuaskan dan tabiat kerja tidak baik

      Masalah peribadi dan keluarga

      Kebosanan kerja dan kekurangan perkembangan kerjaya

      Meningkat dan mengembangkan potensi diri

      Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.

 

 

6. Fokus Sasaran

 

      kepada kakitangan yang bermasalah (berprestasi rendah).

 

 

7. Cara

 

      langsung

      tidak langsung

      individu

      kumpulan

 

8. Syarat Asas Untuk mengadakan Kaunseling

 

      Pegawai/kaunselor yang berkelayakan

      Ada tempat yang sesuai/ bilik yang kondusif

      Ada Klien

      limit masa

      Kerahsiaan

 

 

 

9. Ciri-Ciri Kaunselor Yang Baik

 

      Mesra

      Jujur

      Empathy (menjiwai masalah)

      Ada pengetahuan tentang diri

      Boleh dipercayai

      Kemahiran mendengar

      Sabar

      Berkemahiran

      Sabar

      Respons yang aktif

      Kerahsiaan

      Limit masa

 

6. Halangan

 

      Tiada kaunselor yang berkelayakan

      Tempat yang tidak kondusif

      Masalah masa

      Perbelanjaan

 

 

7. Apa Itu Sesi Kaunseling Terapeutik?

 

      Maksud satu proses kaunseling yang berkesan/berhasil/sampai maksud

      Sesi yang berjalan lancar dan ikut prosedur kaunseling.

 

 

 

DOAKAN SEMOGA DIBERKATI ALLAH DAN BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

 

OLEH:

Che Abd. Rani Mohd dan Haji Anuar Awang

30 Oktober 2003