NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM KINI

 

1.       TAAT SETIA

-                     Menghendaki seseorang pegawai awampada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak berbelah bagi kepada Raja, negara dan kerajaan’- demi mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa

2.       AMANAH, BERSIH DAN JUJUR

-                     Dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara amanah, bersih dan jujur

-                     Kebersihan maksud :- dari semua segi sama ada kebersihan moral ataupun fizikal

-                     Kebersihan moral bermakna :- sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan serta tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, angkuh ataupun terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah

-                     Fizikal bermakna :-hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi

-                     Melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanahkerana tugasnya mengurus dan menjaga kewangan serta harta benda kerajaan dan rakyat

3.       BERTANGGUNGJAWAB

-                     Tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya / tidak bertanggungjawab

-                     Tidak membenarkan kepentingan diri bercanggah dengan tanggungjawab awamnya

-                     Bertanggungjawab bermakna :- seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna

4.       BERKECUALI

-                     Tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar dalam melaksanakan tugas mereka

-                     Tidak dibenarkan menyertai secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan kerajaan daripada menghadapi keadaan serba salah

5.       ADIL DAN SAKSAMA

-                     Sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan-layanan yang teratur dan memuaskan

6.       PRESTASI YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI

-                     Tidak cuai dan kurang berusaha di sepanjang perkhidmatannya

-                     Perlu menunjukkan penghasilan kerja yang tinggi dan berkualiti

-                     Sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja

-                     Memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya prestasi sentiasa berada pada tahap yang tinggi

7.       KETEPATAN MASA

-                     Telah menetapkan waktu bekerja perlu dipatuhi oleh semua anggota kerajaan

-                     Kad Perakam Waktu dilaksanakan - bertujuan memastikan pegawai dan kakitangan kerajaan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan dedikasi dan tekun semasa di pejabat

8.       PERKHIDMATAN RAMAH DAN MESRA

-                     Sentiasa memberi layanan yang ramah mesra kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan

9.       SIKAP BERJIMAT CERMAT

-                     Berjimat cermat semasa menguruskan harta dan kepentingan kerajaan dan negara

-                     Mematuhi prosedur-prosedur tertentu bagi menjimatkan penggunaan harta awam