BAHAGIAN II

 

KOMPETENSI KHUSUS

 

Seksyen B

 

i.                   Perancangan Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan

 

1.                 Perkembangan dan Isu Ekonomi Semasa

 

a.                 Apakah faktor-faktor yang menjejaskan ekonomi dalam tahun 2003?

 

i.                     SARS – wabak Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk

ii.                    Perang/pencerobohan di Iraq

iii.                   Isu / Insiden keganasan (pengeboman di  Bali, Hotel Marriott)

 

b.                 Apakah pakej strategi baru?

 

-                      Pakej Ransangan Ekonomi dilancarkan pada Mei 2003 dengan jumlah peruntukan RM7.3 billion.

-                      KDNK ½ Q    =       4.6%

2nd               =       4.4%

1/2yr            =       4.5%

 

c.                  Apakah yang terkandung dalam pakej strategi baru?

 

i.                     Menggalakkan aktiviti  pelaburan swasta

- pemberian kemudahan kepada IKS (Skim Kredit Makro, BSN dan

  Bank Pertanian)

 

ii.                    Memperkukuhkan daya saing negara

- memberi insentif bagi peningkatan produktiviti dan 

  mengurangkan kos

 

iii.                   Membangunkan punca pertumbuhan baru

- Sektor pelancongan dan ICT

 

iv.                 Meningkatkan kecekapan sistem serahan (delivery system)

 

 

d.                 Apakah faktor-faktor yang membantu negara kita memulihkan ekonomi?

 

i.                     Perbelanjaan / permintaan perbelanjaan dalam negeri yang lebih teguh.

 

ii.                    Eksport meningkat akibat dari  pemulihan ekonomi global.

 

iii.                   Keadaan rezab ekonomi antarabangsa berada pada tahap USD 38.67 b.

 

-         NPL

-         Pasaran Saham BSKL

 

iv.                 Pasaran buruh ditahap guna tenaga penuh.

 

2.       Globalisasi, Liberalisasi, WTO, AFTA dan APEC

 

          Definasi

 

Globalisasi      -     Istilah 'globalisasi' adalah satu istilah yang terlalu umum dan merangkumi berbagai-bagai perkara termasuk kesan-kesan ekonomi, budaya, teknologi dan maklumat yang kini sudah mampu disebarkan ke seluruh pelusuk dunia dengan begitu cepat.

K-Ekonomi   -         ialah ekonomi yang didorong oleh ilmu pengetahuan

          P-Ekonomi   -         ialah ekonomi yang berteraskan oleh pengeluaran

         

WTO              -       Pertubuhan Perdagangan Sedunia atau World Trade Organisation adalah satu-satunya organisasi antarabangsa global yang mempunyai hubung kait terus dengan perancangan peraturan-peraturan perdagangan di antara negara.

 

-         World Trade Organization – iaitu persetujuan bersama di

antara pertubuhan-pertubuhan perdagangan sedunia.

         

APEC            -         Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) adalah suatu majlis forum utama dalam memudah dan melicinkan pembangunan ekonomi, kerjasama, perdagangan dan pelaburan di dalam kawasan Asia-Pasifik.

-         Asia Pacific Economic Conference – kali ke II bersidang di

Bangkok, 2004 Lagos, Chili dan 2005 Seoul, Korea.

 

AFTA             -       Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-4 di Singapura pada      Januari 1992, para ketua negara ASEAN secara rasminya bersetuju untuk menubuhkan Kawasan Bebas Cukai ASEAN atau AFTA dan telah menandatangani Deklarasi Singapura dan juga Rangka Perjanjian Bagi Meningkatkan Kerjasama Ekonomi ASEAN. Para Menteri Ekonomi ASEAN juga menandatangani Perjanjian Tarif Keutamaan Berkesan Bersama atau “Common Effective Preferential Tariff” (CEPT) bagi AFTA. Skim ini merupakan mekanisma utama bagi merealisasikan AFTA.

 

 

-         Kawasan Perdagangan Bebas Asian

-                      Segala kegiatan perdagangan di negara-negara asian tidak akan dikenakan cukai.

-                      Negara asian terdiri dari 10 buah negara (campur China, Jepun dan Korea).

 

3.       Reformasi Polisi Ekonomi: Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia

 

          Definasi Penswastaan

 

          Taktif            -         Pemindahan pemilikan  daripada Kerajaan  kepada pihak

swasta.

 

Objektif         -         i.        Bebas tanggungan kewangan

                             ii.        Meningkatkan daya saing dan keberkesanan

produktiviti

iii.       Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi pelaburan

iv.       Pengurangan saiz kakitangan, kesan monopoli dan masalah birokrasi

v.       Dijangkakan dapat mencapai objektif dalam dasar ekonomi baru

 

          Dasar  Pensyarikatan

 

          Taktif            -         Konsep mengenai usahasama dan persefahaman di antara

sektor awam dan swasta, dimana ianya bertindak sebagai

satu  entiti  yang besar.

 

Objektif         -         i.        Meningkatkan kesesuaian matlamat pembangunan

Negara

ii.        Faedah daripada maklumat tepat dalam membuat keputusan

iii.       Meningkatkan ekonomi negara

iv.       Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan keputusan-keputusan  dasar

v.       Mengelak ketidak sefahaman dan persaingan yang tidak baik

vi.       Mengurangkan campurtangan Kerajaan dalam pembangunan ekonomi

vii.                Mendapat kesan maksima terhadap

viii.               Menggalakkan peranan sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan ekonomi

 

 

4.       Pelan Induk Tindakan Ekonomi Rakyat Terengganu

 

          Dasar

 

Kajian telah menyarankan dasar berikut diambil dalam konteks mengurangkan bilangan dan insiden kemiskinan di Terengganu:

 

·                     Menumpu kepada penjanaan pendapatan lestari dari aktiviti ekonomi produktif;

 

·                     Penekanan sumber dana dari individu dan sektor korporat/swasta;

 

·                     Memelihara kebajikan golongan miskin dan termiskin tak produktif;

 

·                     Memperkuat kerangka dan mekanisma pengurusan program anti kemiskinan;

 

·                     Menggunapakai istilah positif bagi konsep miskin dan kemiskinan.

 

Objektif dasar di atas ialah bagi mengurangkan insiden kemiskinan mutlak di kalangan rakyat Terengganu, tanpa mengira kaum dan agama.

 

          Strategi

         

Untuk mencapai objektif dasar, dua strategi utama disarankan.  Strategi  pertama ialah memperkuat prasarana institusi pengurusan program pembangunan kesejahteraan atau pengurangan kemiskinan.  Ia melibatkan empat aktiviti berikut:

 

·                     Pengukuran kemiskinan yang seragam;

 

·                     Memperkuat mekanisma penyelarasan, pembinaan pangkalan data, penyaluran dan pemantauan;

 

·                     Mengoptimumkan sumber agensi di bawah kawalselia Kerajaan Negeri, dan

 

·                     Memperluas mekanisma penjanaan dana.

 

Strategi kedua melibatkan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan ekonomi produktif di peringkat lapangan.  Program dan aktiviti yang disarankan memfokus kepada; i) penjanaan pendapatan/keuntungan jangka panjang melalui penglibatan entiti negeri dalam projek komersil yang kurang risiko seperti sektor perladangan mesra alam sebagai sumber dana bagi program pengurangan kemiskinan; ii) pelaksanaan konsep pertanian inovatif oleh peserta; iv) mempergiat aktiviti latihan dan bimbingan di kalangan kumpulan sasar; v) memperluas konsep kredit mikro (sebagaimana pendekatan AIM); vi) menginstitusikan kerangka akar umbi "gotong royong" dengan bantuan atau insentif kerajaan bagi membudayakan aktiviti pengurangan kemiskinan berasaskan komuniti (community-based activities); dan vii) menggalak penglibatan sektor swasta/korporat serta menjalin perkongsian pintar bagi menjalankan program-program khusus di kalangan kumpulan sasar.

 

 

5.       Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 2/92

 

i.                   Tugas-tugas Pegawai Perancang?

 

(a)              Pengenalpastian dan penggubalan projek

 

(b)              Penyediaan analisis kemungkinan dan penilaian projek

 

(c)               Penyediaan rekabentuk

 

(d)              Pemilihan dan kelulusan

 

(e)              Penggerakan

 

(f)                Pelaksanaan

 

(g)              Penyeliaan dan kawalan

 

(h)              Penyempurnaan dan penyerahan

 

(i)                 Penilaian dan tindakan susulan

 

(j)                Penghalusan ke atas dasar dan perancangan        

 

ii.                 Apakah Projek Brif/Ringkasan Projek?

 

Kandungan Ringkasan Projek:

 

(a)              Latarbelakang projek

 

(b)              Objektif projek

 

(c)               Komponen projek

 

(d)              Anggaran kos projek

 

(e)              Output dan faedah yang dijangka daripada projek

 

(f)                Justifikasi projek

 

(g)              Maklumat tambahan

 

 

i.                   Apakah fasa-fasa dalam pembangunan projek?

 

Terdapat 4 fasa iaitu:

 

(a)      Fasa 1 -         Perancangan, penganalisisan dan rekabentuk

 

(b)      Fasa 2 -         Pemilihan, kelulusan dan penggerakan

 

(c)      Fasa 3 -         Operasi, kawalan dan penyerahan

 

(d)      Fasa 4 -         Penilaian dan penghalusan    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan Oleh:

 

Hadi bin Hassan

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI,

TERENGGANU

 

3 NOVEMBER 2003.

 

My eBooks