DASAR PEMBANGUNAN BELIA

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

 

1.         TUJUAN AM

 

1.1              Menterjemahkan agenda pembangunan insan - sesuai dengan dasar dan hasrat Kerajaan Negeri - “ Membangun Menurut Islam “

 

2.         MUKADDIMAH

 

2.1              Dalam agenda pembangunan negara.- belia sumber terpenting

 

2.2              39% daripada penduduk negeri Terengganu adalah golongan belia.

 

2.3              68% jumlah kumpulan umur bekerja.-adalah belia yang bergiat aktif dlm aktivitii pembangunan sosial.

 

2.4              Golongan belia dikritikan dan dikaitkan dengan masalah gejala sosial.

 

2.5              Belia menjadi rakan pembangunan dalam agenda pembangunan Kerajaan Negeri

 

 

3.         VISI DAN MISI

 

3.1              Visi

 

“ Pembangunan Belia Menurut Islam “

 

3.2              Misi

 

“ Mewujudkan Belia Unggul Yang Beriman, Berilmu, Beramal, Berakhlak       Mulia dan Berketrampilan”.

 

 

4.         FALSAFAH DASAR BELIA

 

            “ BELIA PEWARIS KECEMERLANGAN UMMAH “

 

4.1              Tafsiran Falsafah

 

BELIA                          :           Aqil baligh (15 tahun) hinggalah 40 tahun.

 

PEWARIS                   :           Mendokong dan melaksanakan ciri dan prinsip dasar.

 

KECEMERLANGAN    :           Menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab  yg diredai Allah SWT

 

UMMAH                       :           Seluruh rakyat

 

5.         MATLAMAT

 

5.1       Membina belia yang mantap - dari segi aqidah, akhlak, rohani dan jasmani – agar dapat menjana sifat kepimpinan yang bertaqwa dan berkaliber -mendokong agenda pembangunan sosioekonomi negeri.

 

 

6.         PRINSIP PELAKSANAAN

 

6.1              Berteraskan Prinsip-prinsip Islam serta dasar-dasar Kerajaan Negeri.

 

 

7.                  GARIS PANDUAN DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGERI TERENGGANU

 

Setiap aktiviti  pembangunan belia mestilah:-

 

7.1              berasas keharmonian dan bersatu padu antara kaum dan agama dengan pendekatan uslub dakwah dan maqaid syariah

 

7.2              Berasaskan kajian serta bermatlamat kepada keilmuan.

 

7.3              Mempertingkatkan kesedaran dan tanggungjawab kepada konsep Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

 

7.4              Menanamkan semangat bekerjasama serta sukarelawan dalam komuniti masyarakat.

 

7.5              Mementingkan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri.

 

7.6              Ke arah membina ketahanan mental, fizikal dan emosi.

 

7.7              Mengambil kira faktor jantina.

 

 

8.         STRATEGI PELAKSANAAN

 

8.1              Pemantapan Diri:

 

(i)                  Memberi kefahaman dan kesedaran serta meningkatkan tanggungjawab kepada Konsep Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

 

(ii)                Mendidik berakhlak mulia, bersyukur , mementingkan kesihatan serta kesejahteraan diri - melalui penghayatan Prinsip Islam dan pengembangan ilmu pengetahuan.

 

(iii)               Membina ketahanan mental, fizikal dan emosi

 

(iv)              Menggalakan penyertaan dalam pembangunan sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

 

(v)                Menggalakkan penglibatan bidang keusahawanan serta meningkatkan taraf kemahiran.

 

 

 

 

8.2              Menjana Sifat Kepimpinan Yang Berkaliber, Bertanggungjawab

            dan Berketrampilan:

 

(i)                  Sifat kepimpinan - melalui penghayatan Tasawur Islam.

 

(ii)                Membuka peluang dalam pelaksanaan dasar pembangunan negeri.

 

8.3              Penerapan Semangat Bekerjasama Serta Bergiat Di Dalam

Aktiviti Kemasyarakatan:

 

(i)                  Meletakkan asas keharmonian, bersatu padu serta semangat sukarelawan.

 

(ii)                Berinteraksi secara aktif dengan masyarakat dan peka dengan isu-isu semasa.

 

(iii)               Menggalakkan penglibatan berpersatuan.

 

 

9.         PELAN TINDAKAN

 

9.1              Pemantapan Diri:

 

(i)                  Menyediakan pelan pendidikan agama yang komprehensif.

 

(ii)                Membanteras amalan karut, bid’ah, khurafat serta ajaran sesat.

 

(iii)               Menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan, mental, fizikal dan emosi melalui program, bengkel dan khemah kerja.

 

(iv)              Memberi sokongan dan kemudahan dlm aktiviti sukan,kebudayaan dan kesenian berlandaskan nilai-nilai Islam.

 

(v)                Merangka program dan kursus.

 

9.2              Menjana Sifat Kepimpinan Yang Berkaliber, Bertanggungjawab

Dan Berketrampilan:

 

(i)                  Memperkemaskan program kepimpinan serta pembangunan sahsiah.

 

(ii)                Memberi pemahaman serta menerima pandangan dlm melaksanakan dasar kerajaan negeri.

 

9.3              Penerapan Semangat Bekerjasama Serta Bergiat Aktif  Dalam

Semua Lapangan:

 

(i)                  Merangka program-program amal dan kesukarelaan.

 

(ii)                Mengadakan lawatan sambil belajar dan perkhemahan.

 

(iii)               Berusaha mengaktifkan semula persatuan.

 

10.       BADAN INDUK:

 

10.1          Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Belia Negeri Terengganu sebagai Jawatankuasa Pemandu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DASAR PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

 

1.         LATAR BELAKANG

 

1.1              Pada asasnya - meneruskan kaedah yang sedia ada dengan penambahan/pindaan selaras dengan Tema “ Membangun Menurut Islam “

 

1.2              Menerima pakai teras Dasar Pelancongan Negara:

 

1.2.1        Pendorong utama sektor perkhidmatan.

 

1.2.2        Merangsang pertumbuhan ekonomi.

 

1.2.3        Teras dasar – bagi mencapai pertumbuhan pelancongan mampan dengan - merealisasikan potensi guna tenaga dan penjanaan pendapatan.

 

1.2.4        Pendekatan bersepadu yg menyeluruh dalam perancangan dan pelaksanaan.

 

1.3              Tidak melihat dari aspek ekonomi semata-mata tetapi mensepadukan aspek kebendaan dan kerohanian/ duniawi dan ukhrawi

 

2.         MUKADDIMAH

 

2.1              Pelancongan Sub-sektor industri perkhidmatan terbesar di dunia.

 

2.2              Hampir sedekad lalu - penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri.

 

2.3              Kebanyakan negara - menjadikan salah satu sektor penting dalam pembangunan  ekonomi dan sosial – kerana beberapa kebaikan:-

 

 

2.3.1        Pendapatan yang besar dengan kos yang kecil.

 

2.3.2        Tukaran wang asing secara serta-merta.

 

2.3.3        Mewujudkan peluang  pekerjaan.

 

2.3.4        Kesan Pengganda dalam ekonomi tempatan.

 

2.3.5        Mempertingkatkan imbangan pembayaran.

 

2.3.6        Mengagihkan pembangunan wilayah secara seimbang

 

2.3.7        Menghidupkan industri kecil dan tradisional.

 

2.3.8        Mewujudkan kesefahaman dari segi politik dan budaya.

 

2.3.9        Industri yang paling sedikit memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.

 

2.4              Kesan Yang Negatif – dikenal pasti:-

 

2.4.1        Menyuburkan dan menggalakkan maksiat dan hedonisme (berpoya-poya), mengikis nilai-nilai keagamaan, kebudayaan dan keperibadian masyarakat tempatan.

 

2.4.2        Menyumbang kepada kerosakan alam sekitar ketidakseimbangan ekosistem.

 

 

3.         SENARIO

 

3.1              Kegiatan pengembaraan, menerima kunjungan serta menyedia kemudahan kepada tetamu bukanlah fenomena baru kerana;

 

3.1.1        Negeri Terengganu telah tercatit dalam peta dunia sejak sebelum Masihi.

 

3.1.2        Negeri terawal di rantau Asia Tenggara menerima dan mengamalkan syariat Islam – tecatit diBatu Bersurat.

 

3.1.3        Negeri Terengganu sebuah entity politik dan ekonomi mendahului Melaka.

 

3.1.4        Kegiatan keagamaan  - merupakan tradisi sejak zaman berzaman.

 

3.1.5        Hampir satu dekad yang lalu, penyumbang yang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri

 

3.1.6        Gabungan pelbagai perkhidmatan dan produk memberi kesan positif -segi sosial-ekonomi-budaya:

 

a)                  Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelbagai sektor .perniagaan

 

b)                  Menjadi penggerak kepada keutuhan perhubungan antara rakyat dengan kerajaan.

 

c)                  Menjadi wahana pengekalan warisan budaya Melayu-Islam dan keindahan serta kebersihan alam sekitar.

 

4.         POTENSI

 

Berasaskan pendekatan SWOT ( Strength, Weakness, Opportunity and Threat @ Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman):

           

4.1              Dianugerahkan pelbagai keunikan – Potensi dari tiga aspek: utama

 

4.1.1        Produk dan Daya Tarikan

 

(i)                  Warisan Alam                 (ii)      Kraftangan

 

(iii)       Warisan Seni budaya     (iv)     Warisan Sejarah

 

(v)        Makanan Tradisional      (vi)      Tokoh-tokoh

 

(vii)      Institusi Pendidikan       (viii)      Kebudayaan

 

(ix)              Perkampungan tradisional

 

4.1.2        Keupayaan Dalaman

 

(i)                  Masyarakat pribumi mampu bersaing

 

(ii)                Ramah, mesra, sopan, setiakawan, jujur

 

(iii)               Tenaga kerja muda berpendidikan mudah diperolehi

 

(iv)              Kemudahan dan perkhidmatan Institusi Kewangan

 

(v)                Prasana, pengangkutan, penginapan dan makanan yang relatif, baik dan selesa.

 

 

4.1.3        Situasi

 

(i)                  Aman, bebas dan selamat            ( ii)     Sistem ekonomi bebas

 

(iii)  Tidak mengamalkan diskriminasi      (iv) Cuti 2 hari hujung minggu

 

 

4.2              Kelemahan

 

4.2.1        Tidak ada badan yang khusus mengendalikan pelancongan negeri

 

4.2.2        Promosi belum mencukupi

 

4.2.3        Kesedaran dan penglibatan badan-badan kerajaan NGO, pihak swasta dan masyarakat umum masih pada tahap yang kurang memuaskan.

 

4.2.4        Kebersihan dan keceriaan alam kurang memuaskan.

 

4.2.5        Pengusaha dan Agensi Pelancongan tidak begitu aktif mempromosikan dan menguruskan pelancongan ke dalam negeri.

 

 

5.         MISI

 

            “ Negeri Pelancongan Berteraskan Islam “

 

 

6.         WAWASAN DAN PRINSIP

 

6.1              Cita-cita untuk membentuk dan membangunkan sosio-ekonomi  sebagai suatu ibadat berasaskan prinsip “ Amar Ma’ruf Nahi Mungkar “ ke arah:

 

6.1.1.      Melahirkan masyarakat mujtama’ yang makmur, aman, tenteram, bahagia, bebas dan berdikari.

 

6.1.2        Melibatkan semua pihak untuk merancang dan melaksanakan program

 

6.1.3        Mempertingkatkan keimanan dan pengetahuan, ukhuwah, muhibah, merenungi dan bertafakur, bersyukur, mengambil iktibar dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. di muka bumi.

 

6.1.4        Mewujudkan pelbagai bentuk perjalanan dan pengembaraan dalam suasana aman, selesa dan selamat.

 

6.1.5        Membersih dan menghapus sebarang unsur negatif, kemungkaran, maksiat, syubahat dan yang melekakan.

 

6.1.6        Melindungi dan memulihara ekosistem dikekalkan keasliannya berlandaskan konsep “ Manusia adalah Khalifah Allah S.W.T “

 

6.1.7        Model destinasi pelancongan Islam.

 

 

7.                  MOTO

 

7.1       “ RAKYAT BERIMAN, NEGERI AMAN “

 

            “ THE LAND OF SERENITY AND TRANQUALITY “

 

7.2              Dengan berpendirian bahawa pelancongan merupakan punca rezeki yang dapat mempertingkatkan keimanan terhadap Allah S.W.T.

 

 

8.         MATLAMAT

 

8.1              Mewujudkan suasana yang sesuai, selesa dan selamat bagi kegiatan Siyahah dan Safar yang bersifat keilmuan

 

8.2              Membina dan mengukuhkan budi bangsa, ukhuwah dan perasaan muhibah.

 

8.3              Melahirkan insan yang bersyukur, insaf dan bertafakur terhadap nikmat Allah S.W.T.

 

8.4              Menjadikan segala tindakan dalam sektor pelancongan sebagai satu ibadat.

 

8.5              Memelihara, membangun dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan, kebudayaan dan perubatan, keindahan alam dan ciri-ciri pemerintahan berteraskan Islam.

 

8.6              Menjadikan bidang pelancongan sebagai cara untuk melindungi, memulihara dan mengekalkan keaslian alam ciptaan-Nya.

 

8.7              Mewujudkan dan mengembangkan aspek-aspek sosio-ekonomi.

 

 

9.         GARIS PANDUAN UTAMA

 

9.1              Etika

 

9.1.1        Pelancong Islam hendaklah menutup aurat -bukan Islam berpakaian

sopan.

 

            9.1.2    Pemandu pelancong wanita hanya boleh membawa pelancong wanita -pemandu pelancong lelaki tidak boleh membawa pelancong wanita sahaja  dan hendaklah menjaga etika semasa menjalankan tugas.

 

9.1.3        Tuan Rumah hendaklah berakhlak mulia, berperibadi Islam, ramah mesra, menghormati tetamu.

 

9.1.4        Pelancong mesti menghormati agama, budaya dan nilai kehidupan masyarakat tempatan.

 

9.1.5        Tidak boleh menaikkan semua bentuk bayaran sewenang-wenangnya.

 

 

            9.2       Tanggungjawab Pengusaha

 

9.2.1        Tidak boleh mengadakan sebarang bentuk kegiatan dan kemudahan berunsur maksiat dan mungkar.

 

9.2.2        Pekerja wanita mestilah dalam bidang yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan waktu kerja mengikut Islam.

 

9.2.3        Produk, kegiatan dan persembahan kebudayaan yang tidak selari dengan kehendak Islam tidak dibenarkan.

 

9.2.4        Kegiatan perniagaan dan hiburan ditangguhkan apabila masuk waktu solat.

 

9.2.5        Kebersihan awam yang baik hendaklah disediakan.

 

9.2.6        Semua perancangan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan hendaklah mengekalkan keaslian dan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.

 

9.3              Kemudahan/Infrastruktur

 

9.3.1        Semua premis pelancongan, destinasi pelancongan, tempat persinggahan dan tempat awam hendaklah mengadakan masjid atau musalla.

 

 

10.       IMPLIKASI DASAR

 

            Menyatupadukan  Aspek-aspek rohani dan jasmani.

 

10.1          Semua pihak dapat berperanan secara pro-aktif bagi memaju, mempertingkat dan memantapkan sektor ini secara adil, saksama dan seimbang.

 

10.2          Beberapa enakmen, garis panduan, pelan induk dan pelan tindakan hendaklah dikaji semula memastikan dilaksanakan dengan jayanya.

 

10.3          Peruntukan kewangan dan penjadualan dasar dinilai dari semasa ke semasa.

 

10.4          Strategi perlaksanan dasar akan dinilai dari masa ke semasa