OLEH: CARM
SEPTEMBER 2000

E-DAGANG DI MALAYSIA: SARANAN POLISI DAN STRATEGI
untuk menukar warna latarbelakang gosok penunjuk di garisan ini=============

ABSTRAK
Perniagaan eletronik berlaku melalui talian eletronik yang melibatkan urusan berkait dengan pengiklanan, pesanan penjualan dan semua aktiviti pembelian dan penjualan termasuk juga penghantaran bagi perkhidmatan atau produk yang memungkinkan dihantar melalui media eletronik saperti gambar, perisian dan khidmat nasihat. Organisasi perniagaan memerlukan polisi dan strategi dalam memasuki bidang urusniaga ini bagi menakluki pelanggan, sementara pelanggan pula mempunyai banyak pilihan untuk membuat keputusan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sementara pihak kerajaan juga harus menyokong dan menyediakan kemudahan serta mengadakan polisi dan strateginya tersendiri yang mana boleh melindungi kedua-dua pihak, peniaga dan pembeli. Daripada isu, persekitaran dan perkembangan e-dagang menampakkan bahawa ianya akan berkembang dan dianggarkan akan menjadi  satu trend dan diterima oleh masyarakat di dunia termasuk di Malaysia. Dengan itu semua pihak yang terlibat harus bersedia untuk  menghadapi ledakan e-dagang dalam masa terdekat. Penerimaaan pada peringkat permulaan mungkin agak lembab dan kurang sambutan mengenai berpunca  kepercayaan dari segi keselamatan, sukar untuk berubah dengan tabiat pembelian cara tradisional, masih merasa kepuasan urusniaga tawar menawar dan juga masih ramai yang bersikap “buta dan takut komputer”. Keadaan ini sama juga semasa autoteller  machine (ATM) mula diperkenalkan yang kurang mendapat sambutan dan hanya digunakan oleh gulongan “elite” sahaja ketika itu kini penggunaannya begitu meluas sekali.  Perkara yang sama juga dijangka akan berlaku ke atas e-dagang.
 
 

1. PENDAHULUAN
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat  terutama dalam perkembangan internet telah membawa  kepada penggunaan menyeluruh eletronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang.  Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web.

Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu  $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan dijangka pada tahun ini (2000) meningkat ke $73 billion (Mondahl,1995). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999).  Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan  sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga.

2. DEFINISI E-DAGANG
E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran  dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw(1998) e-dagang adalah:
E-commerce includes any form of computerised commercial transactions.These transactions may mean buying and selling of products and services on networked computers over the Internet either by consumers or between company and company.E-commerce also includes handling purchasing transactions,electronic fund transfers (EFT), buying and selling of new "commodities" such as electronic information concerning stock prices and classified advertisements.

3. PENGARUH E- DAGANG DAN PERKEMBANGAN MASA KINI DI MALAYSIA
Pengaruh e-dagang itu sendiri mula berkembang kepada  perniagaaan atau perkhidmatan dengan pesatnya. Diantara  perkhidmatan dan barangan yang mempengaruhi peniagaan secara e-dagang  ialah ubatan, pakaian, hadiah harijadi, tempah tiket, muzik, laman web, buku termasuk dan juga gambar lucah.

Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif  PDX Infoworld Scln Bhd's :
“E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with the state of regulatory framework, Government incentives, consumer education and awarenessin Malaysia.”

Di Malaysia, mengikut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam urusniaga melalui e-dagang di mana terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM 76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999, jangkaan yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM1.14juta. (Berita Harian, 21 Julai,2000).

Gaya hidup perbelanjaan menggunakan kad kredit telah lama mendapat tempat di Malaysia. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran.

Perkembangan Penggunaan Internet  juga meningkat di Malaysia daripada tahun 1995 yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepada 600,000 pengguna pada awal tahun 1999. Sungguhpun begitu masih ramai lagi penduduk belum memiliki komputer dianggarkan cuma 10% daripada jumlah penduduk. Jumlah penduduk Malaysia  pada tahun 2000 ialah seramai 23.26 juta  orang (Jabatan Perangkaan Malaysia ,  2000 ).
Sementara mengikut laporan penggunaan internet sebagaimana berikut:
Jumlah Hasil Perdagangan Internet (1997-2004)
Tahun Jumlah Hasil
1997 6.31
1998 18.01
1999 58.89
2000 164.15
2001 426.72
2002 993.68
2003 2066.4
2004 3469.85

Pengguna Internet di Malaysia 1997-2004
Tahun Jumlah Pengguna (million)
1997 .44
1998 .58
1999 1.27
2000 1.89
2001 2.72
2002 3.23
2003 3.63
2004 3.91

Sumber: International data Corporation 1999
Nota: Perdagang internet merujuk kepada urusniaga di lama web yang telah terikat dengan pembelian. Pembayaran mungkin dilakukan melalui internet atau pembayaran biasa.

Perlindungan juga diberi oleh Akta Teknologi Maklumat (1999) kepada syarikat-syarikat yang menjalani perniagaan melalui elektronik dan juga pengguna. Perkembangan mengenai dengan infrastuktur telah diberi perhatian oleh kerajaan melalui projek Koridor Raya Multimedia. Keadaan  ini dapat menyokong perkembangan teknologi maklumat termasuk e-dagang.

4. KELEBIHAN/KEBAIKAN  PERNIAGAAN E DAGANG
Kelebihan atau kebaikan perniagaan perlu dilihat dari dua sudut iaitu sudut peniaga dan pengguna.

4.1. Kebaikan Dari Sudut Peniaga
4.1.1. Kos Rendah
Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku.

4.1.2. Hubungan Terus Dengan Pelanggan
Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala kelemahan dengan segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap  polisi dan strategi.

4.1.3. Memudahkan Melakukan Perubahan
Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta lain-lain perkara yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan keadaan semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai ke sasaran.
 

4.1.4. Kawasan Pemasaran Yang Luas
Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang untuk mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan.

4.2. Kebaikan Dari Sudut Pengguna
4.2.1. Banyak Pilihan
Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih tinggi.

4.2.2. Menjimatkan Masa
Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat pergi ke kedai atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.

4.2.3. Tiada Kos Tambahan
Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau mengurangkan melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.

4.2.4. Membuat Perbandingan Lebih Tepat
Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau perubahan spesifikasi dengan cepat dan dapat mengelakkan daripada dieksplotasikan oleh penjual berkait dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan  item pada tawaran terdahulu. Ini dapat  dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu telah di simpan (save) terlebih dahulu.
 
 
 

5. KELEMAHAN E DAGANG
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang. Saperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan.

5.1. Kelemahan Dari Sudut Peniaga.
5.1.1. Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar
Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan  melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi.  Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.

5.1.2. Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas
Intraksi  secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli  dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.
 

5.2. Kelemahan Dari Sudut Pembeli
5.2.1. Pesanan Tidak Diterima
Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat  kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau  syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.
 

5.2.2. Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan
Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak  memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

6. ISU
6.1. Keselamatan
Perkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan  dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.

6.2. Percukaian
Sistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan. Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan penyumbang kepada hasil negara.

6.3. Penipuan
Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan di mana  20% pelanggan telah membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan,1999). Kad kredit merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat penghantaran sebelum memastikan kad  sebenarnya?
Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang dihantar melalui eletronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang membabitkan penipuan urusniaga di internet dunia bernilai AS$3.2 bilion(RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000)

6.4. Syarikat Tiada Mempunyai E-Dagang
 Mengikut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat oleh Ellis Booker terdapat 65% daripada syarikat perniagaan tidak mempunyai e-dagang. Daripada jumlah itu juga tiada mempunyai strategi e-dagang secara menyeluruh dan hampir satu per empat daripadanya tidak mempunyai asas perniagaan dan perancangan perlaksanaan bagi e-dagang. Kajian itu juga mendapati kesukaran bagi mengenalpasti hubungan di antara perniagaan dengan teknologi maklumat.

7. SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA
Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan.  Namun begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi e-dagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya terdiri  masyarakat majmuk.

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri  daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. Polis dan strategii perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan.

7.1. Pihak Kerajaan
7.1.1. Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah telus serta melindungi hak, harta dan mengawal penipuan.

7.1.2. Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang.

7.1.3. Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan

7.1.4. Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga e-dagang.

7.1.5. Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang.

7.1.6. Mengalakan self regulated industry  kepada sektor swasta

7.1.7. Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga.

7.1.8. Menerap kecekapan ilmu IT  kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan  dalam perniagaan eletronik.

7.2. Pihak Swasta
7.2.1. Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli.

7.2.2. Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

7.2.3. Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan.

7.2.4. Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan.

7.2.5. Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan.

7.2.6. Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

7.2.7. Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti kiosk.
 

8. KESIMPULAN
Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan sektor awam. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan, pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang bagi sesebuah negara.  Malaysia sudah  pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Dengan itu dijangka urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat.
Perdagangan e-dagang  mempunyai peluang yang sangat besar di dalam  kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Disamping itu juga memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang.
 
 
 
 

9. BAHAN RUJUKAN DAN BACAAN

i. Berita Harian, (1 Ogos 2000),  Asean belum sedia laksanakan e-dagang.Berita Harian, 21 Julai,2000 ,Manfaat Sepenuhnya E-Dagang.

ii. Berita Harian,23 Mac,1999

iii. ELLIS BOOKER :Survey: 65% Of Companies Don't Have E-Comm Strategy,INTERNET WEEK ONLINE SEPT 6TH 1999

iv. http//:www.microtimes.com

v. http//:www.un.org/Dept/eca/adf/adf99policy.htm

vi. Lee Foong Yeuw , What is Electronic What is Electronic, Jaring Internet Magazine/July 1998,Vol 1, No 2; p.16-17

vii. Mondahl. M., Forecast of the Core Economy. Forrester Research Report (September 1995)

viii. Pankaj Kamthan,(1999).   E-commerce on the WWW:  A Matter of Trust , e-commerce on trust.htm, published 25 April,1999.

KEMBALI KE:

Laman Utama
LatarbelakangNegeri Ku Terengganu RenunganArtikel IT