MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(DITERJEMAHKAN DALAM BAHASA INGGERIS) VISI BAHASA INGGERIS
 

KANDUNGAN
ABSTRAK 2
1. PENGENALAN 3
1.1. Apa Itu Multimedia 3
1.2 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran 3
1.3 Skop Perbincangan 4
1.4 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pembelajaran 4
1.5 Multimedia Dan Hubungkait Dengan Teknologi Maklumat 5
2. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN MODEN 5
2.1 Model Pembelajaran Tradisional 6
2.2 Model Pengajaran dan Pembelajaran Moden Multimedia 7
3. MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8
3.1. Mengapa Multimedia Digunakan 8
3.1.1. Mengurangkan Masa Pembelajaran 8
3.1.2. Mengurangkan Kos 8
3.1.3. Pembelajaran Secara Konsisten dan Saksama. 8
3.1.4. Fleksibel 9
3.1.5. Merangsangkan Kognitif 9
3.2. Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 9
3.3. Komponen Dan Infrastruktur Untuk Pembelajaran Multimedia 10
3.3.1. Komputer dan Perisian 10
4.3.2 Infrastruktur 11
3.4. Impak Multimedia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran 11
3.4.1. Persembahan 11
3.4.2. Interaksi 12
3.4.3. Struktur 12
4. IMAGINASI MULTIMEDIA MASA DEPAN 12
5. PENUTUP 13
6. BIBLIOGRAPI 15
 
 

MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh :
CARM
JANUARI 2001
ABSTRAK

Dalam perkembangan abad ini yang penuh dengan ciptaan baru mengenai teknologi, adalah satu tindakan bijak bagi tenaga pengajar membuat penilaian  terhadap pembangunan  teknologi baru berkait dengan multimedia dan memahami kesannya terhadap pembelajaran. Kertas ini akan membincangkan mengenai rasionalnya menggunakan multimedia bagi meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persembahan. Melalui pendekatan yang berinovatif ini membolehkan penggunanya memberi fokus yang lebih serta  dapat mengekalkan kefahaman terhadap mesej yang disampaikan. Pelajar dapat kelebihan daripada multimedia kerana dapat keseronokan belajar secara bersahaja dan bebas.  Dengan menggunakan kaedah multimedia yang betul dalam pembelajaran dapat memberikan komunikasi, penerangan, konsep yang berkesan.

Dengan  penerapan, permahaman dan mempergunakan sepenuhnya  teknologi baru ini dapat memaksimumkan latihan dan pembelajaran. Skop perbincangan akan difokuskan terhadap sejarah penggunaan komputer, perbandingan pembelajaran tradisional dan moden, mengapa multimedia digunakan, faktor yang diambilkira bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran,  infrastuktur dan komponen pembelajaran multimedia dan juga imaginasi multimedia masa depan.
 
 

1. PENGENALAN
1.1. Apa Itu Multimedia
Perkataan multimedia seringkali kita dengar dan digunakan secara meluas seperti Koridor  Raya Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan sebagainya. Begitu juga mengenai dengan definisi multimedia, terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan diantaranya:

(i)  Multimedia sebagai proses komunikasi interaktif berdasarkan komputer yang mengabungkan teks, grafik, bunyi, aminasi dan video (Shuman J.E 1998)
(ii) Multimedia didefinisikan sebagai apabila melibatkan kombinasi melebihi dua media berlainan seperti teks, gafik, bunyi, animasi dan video (Collins et al 1997)

Berdasarkan kepada definisi yang diberikan terhadap multimedia, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa multimedia ialah satu kombinasi yang mengabungkan teks, bunyi, animasi, gambar statik dan bergerak dan grafik yang diadunkan bersama untuk berinteraktif dalam komputer.

1.2 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Bates (2000), pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan pelengkap kepada aspek pendidikan. Dalam pembelajaran ada dua elemen penting iaitu dalam bentuk apakah dia pembelajaran dan skil yang menerangkan kepada aplikasi kerja dan bagaimana dua elemen ini adalah sebagai cermin kepada pengajaran.
 

1.3  Skop Perbincangan
Memandangkan bahawa multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang yang luas, oleh kesempatan yang terhad maka perbincangan dalam kertas ini akan hanya ditumpu kepada perkara-perkara berikut sahaja secara sepintas lalu, iaitu sejarah penggunaan komputer dalam pembelajaran, perbandingan pembelajaran tradisional dan moden, mengapa multimedia digunakan, faktor yang diambilkira bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, infrastuktur dan komponen pembelajaran multimedia dan akhirnya imaginasi multimedia masa depan.

1.4 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pembelajaran
Sejarah dalam penggunaan komputer  di  sekolah bermula dengan “Micros in Schools Scheme” pada tahun 1981 (Collin et al., ibid). Sungguh pun begitu perkembangan industri komputer bermula 1937 apabila terciptanya komputer digital eletronik oleh John V. Atanasoff bersama pembantunya, Berry Clifford (Shelly et at., 1995). Semenjak itu hingga sekarang penggunaaan komputer digunakan secara meluas dalam semua bidang termasuk pendidikan, pertanian, industri, perkilangan, perniagaan dan boleh dikatakan dalam semua aspek urusan harian.

Sungguhpun begitu di Malaysia, melalui pengalaman penulis yang mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1961 dan sehingga kini masih lagi menuntut, mendapati bahawa alat bantuan mengajar yang digunakan di sekolah sehingga ke pusat pengajian tinggi masih lagi secara tradisional menggunakan papan putih atau hitam dengan kapur atan pen maker, overhead projector dan slaid. Penggunaan komputer dan kaedah multimedia adalah tersangat rendah.  Keadaan ini tidak menampakkan perbezaan yang begitu nyata yang mana masih mengekalkan tradisi lama dalam pendidikan. Buku tulis masih lagi memainkan peranan dan hanya mengantikan penggunaan papan selit di awal tahun 1960an dan sehingga kini penggunaan komputer bagi mengantikan buku tulis belum lagi digunakan sepenuhnya tetapi dalam peralihan menuju ke e-book.

1.5 Multimedia Dan Hubungkait Dengan Teknologi Maklumat
Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat telah memberi ruang kepada perkembangan yang cepat kepada beberapa corak dan fasa dalam multimedia. Khoo (1994) menyatakan bahawa revolusi multimedia bergerak dan memberi kesan yang banyak dengan cepat serta membawa perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan revolusi komputer dalam tahun 80an. Pada asasnya untuk survival. Asas intipati multimedia adalah sebagai perhiasan terhadap media digital dengan kemampuan  mewujudkan video, kesan audio, visual dan juga animasi yang membolehkan serta mempercepatkan dan memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar.

2. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN MODEN
Umumnya pembelajaran secara tradisional bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan pengajar dan menyampaikan secara langsung kepada kepada pelajar. Dalam pembelajaran secara model tradisional, pengajar yang bertanggungjawab sepenuhnya mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada pelajar. Dengan menggunakan inovasi multimedia membenar dan membolehkan perubahan peranan pengajar kepada fasilatator, pakar rujuk dan tidak lagi semata-mata sebagai sumber maklumat.

Model pembelajaran tradisional dan moden menggunakan multimedia mengikut pengamatan penulis adalah sebagaimana ditunjukan dalam gambar berikutnya.
 

2.1 Model Pembelajaran Tradisional
 


 
 
 
 
 
 

Daripada gambarajah 1 dapat dilihat bahawa kaedah mendapatkan pengetahuan atau maklumat  hanya atau banyak bergantung kepada pengajar. Di mana pengajar bertanggungjawab bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kaedah ini tidak banyak berlaku perkongsian maklumat dan sumber maklumat adalah terhad.

Dengan pengkongsian dan sumber maklumat terhad telah mengakibatkan sistem pembelajaran hanya tertumpu kepada persekitaran yang sempit dan memperlahankan perkembangan ilmu itu sendiri. Maklumat yang diperolehi oleh penuntut banyak bergantung kepada pengetahuan yang ada kepada pengajar dan cara penyampaian yang lakukan adalah dalam bentuk bilik darjah dan bersemuka.
 

2.2 Model Pengajaran dan Pembelajaran Moden Multimedia
 


 
 
 
 
 
 
 
 

Dalam gambarajah 2, maklumat diperolehi bukan sahaja daripada satu sumber iaitu pengajar, tetapi juga boleh berlaku serta diperolehi daripada berbagai punca yang berlainan. Adakalanya maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sama oleh individu yang berlainan dan ada juga kedapatan seseorang individu itu memperolehi maklumat yang tidak dicapai oleh individu lain.

Model pembelajaran di gambarajah 2, lebih mengambarkan perkongsian maklumat di mana pelajar juga menyampaikan maklumat kepada pengajar, dengan lain perkataan pembelajaran berlaku dalam dua hala. Capaian maklumat didapati dari berbagai-bagai punca dan seolah-olah tanpa sempadan. Multimedia digunakan sebagai satu alat untuk capaian maklumat di laman web atau internet.
3. MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembelajaran melalui multimedia dapat disesuaikan kepada individu dengan gaya yang berlainan disamping memberi ruang untuk memberi cabaran kepada pelajar untuk menilai tahap keupayaan pengetahuan sebelum menghadiri kelas atau kuliah yang sebenar.
3.1. Mengapa Multimedia Digunakan
Dalam dunia hari ini pengguna memerlukan capaian maklumat dan berkomunikasi dengan cepat dan efisen, dengan multimedia dan keunikan  yang ada padanya memungkinkan kelajuan dalam mencapai maklumat yang dikehendaki. Disamping itu juga dapat menikmati  bunyi, visul, animasi, movie, video dan lain-lain komponen yang ada dalam multimedia.

Kelebihan menggunakan multimedia dalam pembelajaran akan diperolehi diantaranya sebagaimana berikut:
3.1.1. Mengurangkan Masa Pembelajaran
Menurut beberapa kajian mendapati bahawa masa yang diambil adalah berkurangan dengan menggunakan kaedah pembelajaran melalui multimedia berbanding dengan cara tradisional. Menurut Khoo (ibid), sebanyak 60% dapat di kurangkan masa pembelajaran melalui multimedia berbanding dengan cara tradisional.
3.1.2. Mengurangkan Kos
Kos dapat dijimatkan apabila program yagn sama digunakan dalam beberapa sesi, dengan demikian dapat mengurangkan kos bagi setiap pelajar berbeza dengan cara tradisional di mana memerlukan kos yang berterusan terutama bagi kos tetap.
3.1.3. Pembelajaran Secara Konsisten dan Saksama.
Dari segi kualiti dan kuantiti, penggunaan teknologi dapat dipastikan bahawa kaedah pembelajaran dapat dibuat secara konsisten dan teratur.

3.1.4. Fleksibel
Dengan penggunaan kekunci, tetikus atau skrin sesentuh  dapat mengawal segala maklumat yang dikehendaki dan dicapai dengan cepat. Ianya dapat memberi pilihan bagi masa yang sesuai bila diperlukan.
3.1.5. Merangsangkan Kognitif
Dengan penggunaan multimedia ianya berkemampuan untuk merangsangkan proses kognatif atau otak manusia sebagai satu tabii untuk berfikir (Papert, 1983)

3.2. Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mistilah dipastikan bawah ianya dapat meningkatkan kualiti dan juga kaedah yang fleksibel.  Bagi mencapai matlamat ini maka beberapa perkara perlu diambilkira bagaimana untuk  memuaskan kehendak pelanggan atau kumpulan sasar.
Persoalan berikut perlu diambilkira:
· Apa dan bagaimana cara yang diinginkan dalam pembelajaran oleh pelajar?
· Apakah teknologi yang terbaik dapat digunakan?
· Apakah yang kita kehendaki untuk diajar kepada pelajar?
· Apakah yang terbaik dalam pembelajaran secara bersemuka?

Setelah itu maka barulah boleh kita merangka beberapa pendekatan mengenai dengan pembelajaran. Beberapa pendekatan berkait dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia oleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
· Membangunkan program multimedia bagi satu aspek  yang difokuskan kepada korikulum yang mendatangkan kesukaran bagi pelajar.
· Menggunakan internet bagi kelas yang ramai pelajar
· Subjek disampaikan melalui internet.

Melalui pengalaman penulis kekesanan pembelajaran bukanlah bergantung sepenuhnya kepada teknologi tetapi juga mengambilkira faktor-faktor seperti kandungan subjek, cara pembelajaran yang tetap dan sesuai dengan pelajar dan pengajar, pemilihan teknologi, masa dan sesuai dengan keadaan  sama ada penggunaan buku, sidang video atau penggunaan simulasi.

3.3. Komponen Dan Infrastruktur Untuk Pembelajaran Multimedia
Sebelum penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran berjaya digunakan sepenuhnya ianya memerlukan gabungan atau sokongan daripada  beberapa komponen seperti komputer, perisian dan infrastruktur.

3.3.1. Komputer dan Perisian
Mengaitkan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, komputer adalah merupakan sebahagian daripada komponen yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana komputer adalah merupakan alat yang akan digunakan bagi mengabungkan bunyi, grafik, video, teks dan juga animasi. Penggunaan komputer dalam pembelajaran menurut Rao et al.,(1991), boleh berlaku melalui dua cara. Pertama, melalui Pelajaran Berbantukan Komputer (PBK) (Computer Assited Learning) dan kedua melalui Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) (Computer Managed Learning).

Salah satu isu yang perlu diberi perhatian ialah mengenai dengan penggunaan komputer bimbit  atau “note-book” yang akan memainkan peranan penting kerana adalah kurang munasabah dan menyulitkan bagi membawa ke sana ke mari komputer biasa yang begitu “bulky”.  Hari ini juga telah kedapatan perisian multimedia itu sendiri telah digunakan secara tunggal iaitu dinamakan komputer multimedia.
 
 
 

4.3.2 Infrastruktur
Infrastruktur adalah merupakan komponen  menyambung rangkaian komunikasi dalam bilik darjah dan juga internet. Persoalannya, infrastuktur yang bagaimana yang unggul dan sempurna jika  pembelajaran dalam bilik darjah yang memerlukan “eye-contact” atau di laman web yang memerlukan masa yang tidak menentu dalam capaiannya. Kesemua keadaan ini perlu diambilkira bagi memastikan ianya dapat laksanakan serta memenuhi objektif yang ditetapkan. Oleh itu bagaimana kita dapat memastikan bahawa semua orang yang terlibat dapat menggunakannya atau akan menggunakan sepenuhnya. Dengan itu kita memerlukan bantuan dari mereka yang pakar dan pengguna bagi mengenalpasti keperluan yang sebenar yang dapat memuaskan hati mereka. Memuaskan hati mereka bukan sekadar pada peringkat permulaan tapi berterusan pada masa-masa akan datang. Infrastuktur yang disediakan mistilah  yang sesuai dan mencukup serta penyediaan peruntukan yang mencukupi untuk penyelenggaraan.

3.4. Impak Multimedia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi multimedia memberi kesan kepada kedua-dua aspek pengajaran dan pembelajaran. Kesannya akan dilihat melalui:
3.4.1. Persembahan
Sebagaimana yang disebut terdahulu, multimedia adalah gabungan teks, audio, grafik, animasi dan juga video, maka sudah tentunya penyampaian maklumat atau pengetahuan lebih berkesan jika dibandingkan dengan cara teks atau petuturan sahaja. Dengan menggunakan berbagai bentuk media memberi peluang kepada persembahan maklumat dengan berbagai cara.

Disamping itu rekabentuk aplikasi multimedia akan memberi ruang kepada para pelajar memahami dengan cepat berbanding dengan cara tradisional. Pelajar juga mendapat gambaran yang jelas dalam pembelajaran maya berbanding dengan tradisional yang memerlukan mereka membuat imaginasi yang berkemungkinan kurang tepat.

3.4.2. Interaksi
Dalam kaedah berinteraksi pula berbagai cara, salah satunya ialah pelajar berinteraksi dengan perkakasan, melalui laman web, lukisan, percakapan dan lain-lain. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengerakkan tetikus atau menekan active button sahaja. Masalah yang perlu diberi perhatian ialah mengenai dengan rekabentuk antaramuka yang mesra pelanggan.

Dalam interaksi sebenar dengan laman yang dikehendaki, pelajar juga boleh melayari maklumat lain atau dengan tidak sengaja tersesat ke laman lain. Namun begitu ianya tetap merupakan penimbaan ilmu secara tidak langsung.
3.4.3. Struktur
Dengan mengggunakan multimedia boleh membina struktur yang tersusun di antara teks dan juga penyampaian, di mana struktur dikawal mengikut kehendaki dan keperluan individu yang berkenaan. Umpamanya sesorang individu tidak memerlukan maklumat berikutannya boleh melangkaui kepada maklumat seterusnya atau maklumat yang terdahulu mengikut keperluannya tanpa melalui bahagian  yang tidak diingini.

4. IMAGINASI MULTIMEDIA MASA DEPAN
Dalam menghadapi masa depan selalunya dikaitkan dengan keadaan yang tidak menentu(uncertain). Begitu juga dengan masa depan multimedia. Penulis membuat imaginasi bahawa komponen bagi multimedia  bagi masa depan tidak akan lengkap hanya gabungan diantara teks, bunyi, audio, video, animasi dan grafik tetapi juga perlu mempunyai satu lagi komponen iaitu mengeluarkan bau yang boleh dicamkan oleh mereka yang istimewa seperti orang yang cacat penglihatan berserta pekak dan tuli.

GAMBARAJAH IMAGINASI:

Adalah tidak mustahil mereka tidak dapat dilatih bagi tujuan mengecam bau apa yang dipersembahkan kerana masa kini kita telah berupaya mengajar komputer melalui perisian bagi mengenalpasti sesuatu melalui rangkaian neural dan juga kepintaran buatan. Melatih manusia bersama komputer bagi mengeluarkan bau dan menghidunya adalah sesuatu perkara yang lebih mudah kerana sebaik-baik ciptaan Allah ialah manusia (surah AL-TIIN, ayat 4).

5. PENUTUP
Kesimpulannya, banyak terdapat kebaikan dalam menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, ini dapat diperolehi melalui penggunaan sepenuhnya mengenai dengan intraktif multimedia itu sendiri yang dapat memberi maklumabalas secara sertamerta, paut rangkaian serta mengurangkan elemen pengunaan teks dan informasi secara lisan. Dengan menggunakan multimedia ia dapat digunakan dengan berbagai-bagai cara pembelajaran yang berlainan bagi disesuaikan dengan individu yang berlainan.

Sungguhpun begitu kejayaan menggunakan multimedia dalam pembelajaran  selain daripada keupayaan merekabentuk sistem, perbelanjaan, peralatan  dan yang paling penting adalah untuk keupayaan bagi tenaga pengajar celik dalam komputer. Berdasarkan kepada dapatan kajian  Nor Iadah et al., (1995) yang mendapati masih ramai lagi guru-guru yang tidak celik dan tidak mengetahui bagaimana komputer boleh digunakan di dalam kelas, dengan itu perkembangan pembelajaran melalui multimedia  di Malaysia secara menyeluruh akan mengambil masa yang akan lama lagi. Disamping itu perbelanjaan yang terhad dan perkakasan lama seperti overhead projector masih digunakan secara meluas di pusat-pusat pengajian tinggi adalah punca penyumbang kepada kelembapan bagi penerimaan multimedia dalam pendidikan.

6. BIBLIOGRAPI
Bates Tony (2000), Teaching, Learning and tah Impact of Multimedia Technologies, Educause Review, September/Oct 2000 ,35(5), 38-44.

Khoo,C.C.(1994). Interactive multimedia for teaching, learning and presentations., http://cleo.murdoch.edu.au/gen/aset/confs/iims/94/km/khoo.html

Collins J., Hammond, M., and Wellington, J., (1997). Teaching and Learning With Multimedia.  New York: Routledge

Cunningham, D.J and Brown, A.R., Multimedia in teacher education http://cleo.murdoch.edu.au/gen/aset/confs/iims/94/bc/cunningham.html

Infrastructure for Multimedia Teaching and Learning,
  http://pc65-11.pb.unimelb.edu.au/av//ts/DoingIT.htm

Nor Iadah  Yusof, Norita Md. Norwawi & Huda Hj. Ibrahim (1995)., Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kertaskerja dibentangkan di Seminar Komputer dalam Pendidikan 1995 “Multimedia in Action” di Institut Perguruan Aminuddin Baki Jitra, Kedah, 10-11 Oktober,1995.

Papert, S. (1993) The Children's Machine . New York: Basic Books.

Shuman, J.E.(1998), Multimedia In Action, USA: Thomson Publishing Inc.

Surah  AL_TIIN ayat 4, Al-Quran

Using multimedia in Teaching and Learning,
http://www.iim.uts.edu.au/using/mmintl.shtml
 
 

KEMBALI KE:
Laman Utama
LatarbelakangNegeri Ku Terengganu RenunganArtikel IT