PELAN INDUK
PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 2001-2010:
Soalan 1: Mengapa Pelan Induk Pertanian
Negeri diperkenalkan?
Jawapan 1:
Pelan Induk Pertanian Negeri diperkenalkan untuk mengimbangi dayasaing sektor ini yang berpotensi dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk mencukupkan bekalan hasil pertanian melalui pembangunan pertanian secara komersil
Soalan
2: Apakah Sumbangan Sektor Pertanian Kepada Ekonomi Negeri
Terengganu dan mengapa ianya merosot akhir-akhir ini?
Jawapan
2:
(i)
Sektor ini
menyumbangkan 4.74 peratus kepada KDNK negeri pada tahun 2000.
(ii)
Gunatenaga pula
menurun kepada 26.20 peratus pada tahun 2000.
(iii)
Sektor ini mempunyai
seramai 81,829 orang dari 312,323 orang yang bekerja di Negeri ini dan merupakan penyumbang
utama gunatenaga dalam negeri.
(iv)
Pergantungan kepada
beberapa jenis komoditi eksport seperti getah dan kelapa sawit menyebabkan
kemerosotan berterusan.
(v)
Wujudnya pelbagai
masalah dan halangan yang berbentuk struktur, perundangan dan institusi yang
terus menghalang pembangunan lebih pesat.
Soalan 3: Apa yang dimaksudkan dengan Agenda Pembangunan Negeri,
nyatakan komponen dan elemen-elemen utama?
Jawapan 3:
·
Agenda pembangunan Kerajaan Negeri pada masa kini akan
direalisasikan di bawah tema Negeri Maju Berteraskan Islam.
·
Wawasan ini akan direalisasikan dengan tema
Membangun Menurut Islam, dan matlamat Menuju Tahap Pembangunan Al-Falah.
·
Komponen pembangunan akan merangkumi dua teras: insan dan ekonomi.
·
Elemen-elemen utama dalam pembangunan insan ialah iman, ilmu dan
amal.
·
Manakala pembangunan ekonomi pula ialah industri, prasarana dan sumber
manusia.
Soalan 4: Apakah rasionalnya mengadakan Pelan Induk Pertanian Negeri
Terengganu?
Jawapan 4:
·
Pelan Induk Pertanian
Negeri Terengganu sehingga mengambilkira tahun 2010 diselaraskan dengan
dasar-dasar semasa untuk mempercepatkan proses pertukaran sektor pertanian
kepada bentuk lebih moden dan komersil.
.
·
Bagi tempoh ini juga
Kerajaan Negeri Terengganu akan meningkatkan
pengeluaran pertanian bagi memenuhi permintaan dalam negeri terutamanya
pengeluaran makanan. Kelemahan-kelemahan
mengenai perundangan tanah serta halangan-halangan lain akan
diatasi. Penglibatan sektor swasta akan digalak dan dipertingkatkan.
Soalan 5: Apakah Objektif atau matlamat Pelan Induk Pertanian Negeri
Terengganu?
Jawapan 5:
·
Objektif atau matlamat
Pelan Induk Pertanian (PIPNT)
ini ialah memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui penggunaan
sumber secara optimal. Ini termasuk
memaksimumkan sumbangan pertanian kepada pendapatan negeri dan pendapatan
eksport serta memaksimumkan pendapatan pengeluar.
Soalan
6: Apakah Matlamat Khusus PIPNT?
Jawapan 6:
(i)
Untuk meningkatkan
sekuriti makanan.
(ii)
Untuk meningkatkan
produktiviti dan daya saing sektor pertanian.
(iii)
Untuk mengeratkan lagi
rantaian dengan sektor lain.
(iv)
Untuk mewujudkan
sumber pertumbuhan yang baru bagi sektor pertanian;
(v)
Untuk memulihara dan
menggunakan sumber semulajadi secara mampan.
(vi)
Untuk menarik
pelaburan kepada industri makanan.
(vii)
Untuk menyedia
kemudahan prasarana pertanian.
Soalan 7: Apakah Strategi PIPNT
dan huraikan dengan ringkas
strategi berkenaan?
Jawapan 7:
Pengeluaran makanan tempatan akan dipertingkat
melalui pengeluaran makanan berskala besar oleh swasta. Pelaburan luar dan pelaburan
timbal balik untuk tujuan perolehan sumber akan
digalak dan dilakukan secara berhati-hati.
dalam pertanian dan perhutanan
Daya
saing sektor akan ditingkatkan melalui penambahan
produktiviti, pemajuan dan pengukuhan pasaran, penggubahan dan pelaksanaan
standard kualiti dan standard keselamatan yang tinggi serta pembangunan
perusahaan pertanian dan perhutanan secara berpilih saing yang berpotensi.
·
Meningkatkan pembangunan bersepadu sektor kecil makanan dan tanaman
industri
Sektor kecil tanaman industri dan tanaman
makanan boleh dimanfaatkan untuk membangunkan kedua-dua persepaduan sumber ini
termasuk tanah, buruh dan sisa-sisa serta juga produk sampingan yang boleh
digunakan untuk mengeluarkan produk nilai ditambah termasuk R & D.
·
Mengukuhkan ekonomi makro
Kekukuhan
ekonomi makro negeri adalah wajar dan perlu untuk menyokong dan mengekalkan
pembangunan industri pertanian dan perhutanan utama yang sediada dan untuk
merintis pertumbuhan industri baru.
Penggunaan sumber
secara mampan akan dijadikan prinsip panduan dalam
membangunkan sektor pertanian dan perhutanan.
Peraturan, kaedah dan insentif akan diperkukuh
untuk menggalakan amalan pertanian dan perhutanan yang mesra alam dan untuk
meminimumkan kesan negatif aktiviti ini ke atas alam sekitar.
Soalan 8: Apakah perkara-perkara yang diberi focus dalam menyediakan
PIPNT?
Jawapan 8:
·
Di sepanjang tempoh
Rancangan Malaysia Ketujuh, sektor pertanian terus mencatat kadar
pertumbuhan yang menggalakkan dari segi nilai ditambah (value added) iaitu
sebanyak 3.2 peratus pada tahun 1995 berbanding 7.29 peratus pada tahun 2000.
Penyumbang utama kepada pertumbuhan ini ialah kelapa sawit, getah, perikanan
dan ternakan.
·
Hubungan antara sektor
pertanian dengan sektor pembuatan terus bertambah kukuh, di mana sektor pertanian bertindak sebagai pembekal bahan mentah.
Pengilangan hasil-hasil pertanian seperti minyak masak, ikan dan hasil tenusu
telah bertambah.
·
Sektor Pertanian
Negeri ini perlu meningkatkan dayasaing menjelang AFTA, petani,
penternak dan nelayan akan mula menghadapi persaingan
secara terbuka yang perlu dilakukan di peringkat negara-negara ASEAN.
·
Di antara strategi meningkatkan
keupayaan sektor pertanian termasuklah pembangunan sumber manusia,
meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran, mewujudkan zon-zon
pengeluaran makanan dan memperkukuhkan sistem pemasaran.
·
Sektor pertanian perlu
ditransformasikan menjadi satu sektor
yang moden dan cekap.
Soalan 9:
Apakah Komponen-komponen yang diberi penekanan dalam PIPNT dan huraikan?
Jawapan
9:
KEMUDAHAN PRASARANA PERTANIAN:
Kemudahan infrastruktur di
semua sub sektor akan dirangsang bagi menggiatkan
bidang tanaman, perikanan dan ternakan terus berkembang. Kemudahan seperti
tempat pengumpulan hasil, tempat pendaratan bot dan sampan serta penyediaan
kawasan kekal untuk ternakan akan diperbanyakkan
selain dari bekalan air ke sawah, ladang dan jalan pertanian.
SEKTOR TANAMAN :
Komoditi utama iaitu kelapa
sawit dan getah menguasai lebih 82.56% gunatanah negeri. Keluasan tanaman kelapa sawit telah meningkat
kepada 156,440 hektar pada tahun 2000 manakala tanaman getah telah menurun
kepada 81,015 hektar dalam tempoh yang sama.
SEKTOR TERNAKAN:
Perusahaan ternakan di negeri ini berkembang dengan kadar
yang rendah. Nilai pengeluaran ternakan
dan hasil-hasil ternakan pada harga ladang juga telah meningkat kepada RM
134.31 juta pada tahun 2000 berbanding dengan RM75.09 juta pada awal 1996. Setakat ini pengeluaran buah-buahan makanan
yang berasaskan protin haiwan seperti daging, telur dan susu
masih rendah dan belum memenuhi keperluan tempatan.
SEKTOR PERIKANAN
Pada tahun 2000 terdapat seramai 8,577
orang nelayan dan 2,411 buah bot berdaftar. Dari jumlah
ini 6,765 orang adalah nelayan tempatan manakala baki seramai 1,812 orang
adalah terdiri dari nelayan asing. Pendaratan ikan laut telah meningkat
iaitu dari 92,493 tan metrik pada tahun 1996 ke paras 120,615 tan metrik pada
tahun 2000. Pendaratan ikan dijangka
stabil antara 100,000 – 150,000 tan metrik menjelang tahun 2010.
PEMASARAN HASIL PERTANIAN :
Pemasaran barang atau hasil
pengeluaran pertanian dilakukan secara terbuka, setengah pengeluar memasarkan
hasil pengeluaran mereka melalui orang tengah atau pemborong.
Potensi pasaran hasil keluaran pertanian akan terus
menjadi semakin kompetatif samada di dalam negeri atau luar negara.
PEMBANGUNAN MANUSIA, PENYERTAAN SWASTA DAN GALAKAN DAGANGAN HASIL PERTANIAN:
Menggalakkan lebih ramai gunatenaga
professional dan mahir untuk memperkukuhkan produktiviti dan daya saing dalam
bidang pertanian. Meningkatkan dagangan hasil
pertanian dengan membangunkan pusat makanan halal, laluan pasaran yang lebih
luas serta menggalakkan pemasaran terus.
Soalan
10: Apa kah rintangan
dan halangan dalam melaksanakan dasar terdahulu?
Jawapan
10:
Halangan
utama dalam melaksanakan dasar terdahulu adalah:
·
daya pengeluaran hasil yang rendah,
·
masalah pemasaran,
·
pengurusan yang tidak cekap,
·
sikap yang tidak sensitif kepada kemajuan,
·
kekurangan modal dan tenaga kerja,
·
penggunaan teknologi yang rendah dan
·
kekurangan
infrastruktur serta skim-skim insentif.
Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan ini, PIPNT disediakan selaras
dengan Pelancaran Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
Soalan 11: Apakah khidmat sokongan yang ada dalam
mengggerakkan PIPNT?:
·
Peranan Institusi Kerajaan
Institusi Kerajaan akan
dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan program pembangunan dan
penyampaian khidmat sokongan kepada perusahaan pertanian bagi mencapai objektif
perniagaan dan meningkatkan daya saing mereka di peringkat antarabangsa.
Pengembangan pertanian dalam sub sektor
tanaman, ternakan dan perikanan akan
dipertingkatkan. Penekanan
pengembangan ditumpukan terhadap isu-isu impak ke arah pengeluaran produk
berkualiti. Pelbagai latihan akan dijalankan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam
sektor-sektor yang berkenaan serta mengemaskini pengetahuan dan kemahiran.
·
Kredit Pertanian:
Pembiayaan bagi projek-projek
pertanian serta industri huluan dan hiliran perlu diperolehi dari sumber
sendiri atau institusi kewangan. Keutamaan pemberian kredit
perlu diutamakan kepada projek-projek berteknologi tinggi dan berdaya maju.
Disediakan oleh: PP(Pertanian), UPEN